Connect with us

Oh! Media

Abby Abadi ‘Rate’ 9/10 Untuk Filem Anwar: The Untold Story, Minta Sambungan Bahagian 2

filem pmx

Oh! Artis

Abby Abadi ‘Rate’ 9/10 Untuk Filem Anwar: The Untold Story, Minta Sambungan Bahagian 2

Pada hari pertama tayangan, filem Anwar: The Untold Story dikhabarkan berjaya mencecah  jumlah kutipan RM1 juta.

ADVERTISEMENT

Antara selebriti yang dilihat memberikan sokongan terhadap filem ini adalah bekas anggota kumpulan Elite iaitu Abby Abadi.

Menerusi satu hantaran di TikTok, bekas penyanyi dan pelakon ini memuji jalan cerita yang dihasilkan sehingga memberi markah sebanyak 9/10.

@abbyabadi112 Anwar The Untold Story ❤️ 9/10 … sbb ada scene2 yg pada Sy drag sikit & cerita mcm tak selesai🫢 Tapi keseluruhan utk yg ini, Alhamdullillah.. buleh faham. Acha Septriasa hebat, Farid Kamil juga tidak meengecewakan👍🏻☺️ Kena tonton… bukan sahaja utk anak muda, utk yg dah tua2 pun, yg tak pernah ambil tahu, tak ambil peduli tentang Politik Negara, kena tahu cerita2 ini.. 😶‍🌫️ Setelah 25tahun 🥲 DS @anwaribrahim_my ❤️ Waktu tu Sy sibuk menyanyi pastu sibuk shooting…. bila mendengar DSAl dipecat, walaupun sy tidak faham & tidak mengambil tahu hal2 politik, tp hati kecil sy berkata.. Ada sesuatu yg tidak kena & DSAI tidak bersalah…. sbb tiba2 sangat! Gandingan yg sangat hebat dimata Sy waktu itu diantara Tun Mahathir & DSAI, dan tiba2 DSAI dipecat 🥺 Dalam pada tak faham2 tu, Sy ingat lagi walaupun berseorangan, sy pergi berkejar ke rumah DSAI tempat ramai penyokongnya berkumpul.. takde parking, sy memerhati dari dalam kereta.. sbb nk turun segan nanti org kenal. Nak bercerita panjang pun dah ingat2 lupa.. tp Sayunya hati ini waktu tu hanya ALLAH yg tahu..(nk share gmbr pun hp lama tah kemana)🫢 Dipendekkan cerita… hari berganti hari, bulan berganti bulan.. tahun berganti tahun.. DSAI melekat dalam kepala Sy.. Sy mengikuti perkembangan kes beliau, cuma Sy tak mampu nk buat apa2.. sbb zaman tu kalau tak sokong kerajaan, artis takut kena banned☺️ Sy tampal sticker Keadilan kt keretapun Sy, ada pengarah tegur Sy, jangan Abby.. nanti kalau tak buleh berlakon nanti… Sy ingat lagi dialog ni 😶‍🌫️ Jadi sampailah pada harini, apabila DSAI di naik darjatnya oleh ALLAH sebagai Perdana Menteri Malaysia, walaupun fitnah tak pernah berhenti, Sy tetap yakin yg DSAI adalah yg terbaik utk memimpin Malaysia 🥰 Buat DSAI.. Terima Kasih kerana bertahan…..berpuluh tahun, korbankan diri Demi Malaysia yg lebih baik.. Jaga kesihatan sbab risau Sy tengok DSAI aktif sangat.🫢😍 Ikhlas, Abby Abadi #IngatSydalamdoaDSAI #dapatmasyksyurgatariksayasama ♬ Menjaga Cintamu – Original Soundtrack From Anwar, The Untold Story – Dato' Sri Siti Nurhaliza

Tambahnya, satu markah ditolak kerana ada babak yang sedikit meleret dan tak perlu diceritakan. Dia bagaimanapun memahami apa yang cuba disampaikan oleh pengarah filem ini.

Acha Septriasa hebat, Farid Kamil juga tidak mengecewakan.

Abby Abadi menyarankan orang ramai menonton filem ini dan mencadangkan agar ianya ada sambungan bahagian dua.

Apa pendapat korang pula? Dah tengok ke belum?

Kredit: TikTok Abby Abadi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas