Connect with us

Oh! Media

Aaron Aziz Luah Rasa Terkilan Ada Laporan Kata Dirinya Meninggal Dunia

Oh! Artis

Aaron Aziz Luah Rasa Terkilan Ada Laporan Kata Dirinya Meninggal Dunia

Sebelum ini tular satu laporan yang mengatakan pelakon terkenal, Datuk Aaron Aziz sudah meninggal dunia dan perkara ini buatkan dirinya berasa terkilan dengan berita itu.

ADVERTISEMENT

Hal ini dikongsikan pelakon itu menerusi akaun Instagram miliknya serta beberapa ‘screenshot’ yang melaporkan dirinya telah meninggal dunia.

Aaron Aziz

Kalau tak baca betul, nampak macam kali ke dua saya di ‘meninggalkan’ oleh blog-blog sedih seperti ini. Kali ketiga saya difitnah tahun ini.

Menurut Aaron Aziz lagi, perkara sebegitu bukanlah pertama kali dilaluinya kerana sebelum ini juga pernah tular berita sebegini yang hanya direka sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab.

Apa masalah orang-orang ini? Atau anda rasa perkara sebegini lucu? Anak saya dua orang berada di luar negara, tolong lah fikir cara lain untuk tujuan promosi.

Orang yang masih sihat kata dah meninggal dunia, Allahu. Janganlah buat macam ni semata nak dapatkan ‘engagement’ atau pengikut yang ramai. 

Kredit: Instagram Aaron Aziz

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas