Fathia juga mengaku punca dia ‘meletus’ baru-baru ini disebabkan netizen yang tak habis-habis mengungkit kisah lama.
Punca Fathia berdendam dengan Aiman
Provokasi menyebabkan Fathia geram kerana dendamnya terhadap Aiman tak pernah berpenghujung.
Saya dah lama lupakan Aiman, namun provokasi netizen jadi punca saya betul-betul meletup bila teringat semula pengkhianatan dilakukan.
Jadi, dia memuat naik gambar throwback ketika bercinta dulu untuk mengusik manja Aiman, bukannya mahu meruntuhkan rumah tangga bersama Zahirah Macwilson.
Saya sengaja nak sakiti dan kacau Aiman. Saya percaya jika Aiman dan Zahirah saling cinta kenapa nak ‘triggered’ dengan hantaran saya dalam Instagram.
Cuma, perasaan dendam terhadap Aiman tak pernah surut disebabkan mempermainkan hati dan perasaan saya.
Itu sahaja punca saya mendendaminya. Ia juga bukanlah sebab tak puas hati Aiman pilih berkahwin dengan Zahirah.
Wanita kacukan Melayu, Indonesia dan Arab ini berkata, dia dah lama move on tetapi tak akan memaafkan Aiman selagi bekas kekasihnya itu tak meminta maaf.
Selamanya anggap musuh kalau Aiman tak minta maaf
Aiman juga dikatakan menjadi puncanya berdepan depresi dan kesihatan mental. Malah, biarpun dah 9 tahun berlalu, dia masih hidup dalam kesakitan.
Hanya saya sahaja tahu apa yang dilalui bersama Aiman dulu. Hati saya banyak terluka selama lima tahun bersamanya.
Sampai hari ini saya tak pernah maafkan Aiman. Mungkin sampai tutup mata pun saya terus sakit.
Apa sebenarnya terjadi? Kalau betul apa yang dikatakan, kesian pula dekat Fathia.