Connect with us

Oh! Media

4 Tahun Menyepi, Azhar Osman Lancar Single Terbaru

Oh! Artis

4 Tahun Menyepi, Azhar Osman Lancar Single Terbaru

Sebut saja tentang Azhar Osman, mesti ada dalam kalangan korang yang mengenali beliau yang merupakan ahli dalam kumpulan Azhael bersama Hael Husaini ketika mereka menyertai pertandingan Akademi Fantasia musim 10 pada tahun 2013 dan bergelar naib johan dalam pertandingan tersebut. Namun kumpulan tersebut rasmi dibubarkan pada tahun 2017.

ADVERTISEMENT

Baca: Lama Menyepi, Akhirnya Anuar Zain Lancarkan Lagu Baharu

Kini Azhar Osman atau dikenali sebagai Azhar bakal tampil dengan single terbaru berjudul Ternyata yang merupakan sentuhan daripada komposer terkenal, Farouk Roman.

Memetik laporan mStar, Penyanyi berusia 33 tahun itu meluahkan rasa teruja dan pada awalnya beranggapan bahawa pelawaan Farouk untuk menyanyikan lagu tersebut hanyalah satu gurauan.

Azhar (kanan) berbangga dapat menyanyikan lagu hasil karya Farouk (kiri)

Pada mulanya saya beranggapan bahawa Farouk menawarkan saya untuk menyanyikan lagu runut bunyi ciptaanya itu hanya sekadar gurauan. Namun beliau betul-betul serius dan saya terus ambil keputusan untuk menerimanya.

Semestinya saya berterima kasih dan berbesar hati atas kesudiannya memilih saya untuk menyanyikan hasil karyanya. Sejurus saya mendengar lagu demo, ia terus menarik perhatian saya.

Lagu Ternyata merupakan lagu runut bunyi untuk drama Single Teralu Lama arahan pelakon Ungku Ismail Aziz yang turut membintangi drama tersebut.

Lagu tema drama tersebut yang bertajuk Sendiri nyanyian daripada Anuar Zain turut mewarnai irama dalam drama tersebut hasil ciptaan Farouk Roman dan Aisha Retno.

Drama Single Terlalu Lama arahan Ungku Ismail Aziz yang merupakan pelakon dalam drama tersebut turut dibintangi oleh pelakon seperti Riz Amin, Anas Ridzuan, Shah Kimin, Julia Farhana dan lain-lain.

Dalam masa yang sama, Azhar juga berbesar hati untuk menyanyikan lagu runut bunyi tersebut tetapi bimbang akan sambutan single tersebut.

Memandangkan ia lagu runut bunyi, timbul rasa bercampur baur yang mana pertamanya saya sangat berbesar hati. Yalah, siapa yang tidak mahu lagunya dimainkan dalam drama dan saya pula sudah beberapa tahun tak menyanyi.

Azhar akui bimbang akan sambutan lagu Ternyata

Walaubagaimanapun, beliau tidak kisah walaupun lagu ini lebih dikenali sebagai runut bunyi dan percaya kepada rezeki yang diberikan selain mempercayai ini mungkin masa yang tepat untuk beliau kembali dalam industri nyanyian.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas