Connect with us

Oh! Media

Lama Menyepi, Akhirnya Anuar Zain Lancarkan Lagu Baharu

Sendiri Anuar Zain

Oh! Artis

Lama Menyepi, Akhirnya Anuar Zain Lancarkan Lagu Baharu

Sebut sahaja nama Anuar Zain, sudah pasti ramai dalam kalangan rakyat Malaysia yang mengenali beliau. Mana tidaknya, suara beliau yang gemersik dan merdu mampu mencairkan hati peminat-peminatnya.

Terbaru, Anuar Zain atau pun nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain bakal melancarkan single terbaru beliau yang bertajuk Sendiri.

Memetik laporan mStar, Lagu Sendiri hasil kerjasama komposer Farouk Roman serta penyanyi meningkat naik, Aisha Retno selaku penulis lirik bakal mencetuskan fenomena dalam industri muzik Malaysia. Anuar Zain menjelaskan bahawa beliau begitu tertarik dengan keikhlasan dan keaslian dua karyawan ini dalam karya tersebut.

IKLAN
Photoshoot
Anuar Zain tertarik dengan kualiti lagu Sendiri

Penyanyi berusia 51 tahun ini turut menganggap lagu ini menepati jiwa beliau kerana ia berkonsepkan lagu berentak sederhana rancak dan berharap semua peminat muzik tanah air akan menyukainya.

Kekuatan lagu ini adalah pada melodi dan liriknya yang ringkas serta mudah berhubung kait. Secara keseluruhannya lagu ini sangat baik dan bahagian yang paling saya suka adalah pra korusnya.

Beliau memuji lagu Sendiri dan beranggapan bahawa hasil karya Farouk dan Aisha ini hadir dari hati sanubari mereka dan mereka inginkan sesuatu yang berkualiti untuk diperdengarkan kepada umum.

Whatsapp image 2021 04 12 at 10215 pm
Anuar Zain memuji hasil karya Aisha dan Farouk

Saya mendengarkannya sekali, saya sungguh tertarik. Kali kedua mendengarkannya pula, melodi dan liriknya melekat di hati saya.

Sendiri merupakan lagu tema untuk drama Single Terlalu Lama arahan Ungku Ismail Aziz yang turut dbintangi oleh pelakon seperti Riz Amin, Julia Farhana, Dayana Roza, Lia Natalia, Noorkhiriah dan lain-lain.

Anuar Zain sendiri mengharapkan orang ramai terutamanya penggemar muzik tanah air dapat menerima dan menikmati hasil karya ini selain berharap karya ini mampu meraih kejayaan serta dapat membawa industri muzik tanah air ke tahap yang lebih tinggi.

Kredit: Mstar

+ Lihat respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Oh! Media
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas