Connect with us

Oh! Media

#JUADAH Resepi Rempeyek Rasa Asli Orang Dulu-Dulu, Rangup Dan Berempah!

Rempeyek1

Oh! Makan

#JUADAH Resepi Rempeyek Rasa Asli Orang Dulu-Dulu, Rangup Dan Berempah!

Kudapan seperti rempeyek diakui mempunyai peminatnya yang tersendiri. Rangup dengan rasa rempah, kacang tanah dan ikan bilis membuatkan makanan ini sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

Sedar tak sedar memang habis sebalang rempeyek sambil layan drama di televisyen kan? Bagi penggemar makanan ini, korang bolehlah cuba sendiri di rumah.

Perkongsian resepi asli bapa mentua oleh Suhada Ghads di laman Masak Apa Hari Ni (MAHN) sehingga kini mendapat hampir 40,000 perkongsian.

IKLAN

Kata Suhada, rempeyek air tangan bapa mentuanya ini memang sedap dan rasa asli orang zaman-zaman dahulu. Yang penting bebas nak letak berapa ekor ikan bilis dan kacang!

Resepi ayah mentua

95792176 10221835588829312 9065277683713179648 n 1

Resepi ayah mentua ni memang sedap. Orang Johor memang mahir bab-bab kerepek dan rempeyek. Tahun lepas kononnya berangan nak buat banyak-banyak dan open order. Last surrender sebab panas dan mengundang macam nak buka puasa duk tepi kuali lama-lama.

Puas hati buat sendiri. Letakla bilis 10 ekor ke kacang 10 biji. Favourite nya.

Bahan-bahannya

95492360 10221846150293342 6206558274813165568 n 1

3 cawan tepung beras (saya guna cap Gajah)

1 cawan tepung ubi

2 sudu (B) tepung jagung

1/2 cawan ketumbar (blend kering)

1 sudu (B) jintan manis (blend kering)

200g udang kering (blend kering)

2 biji telur

1 cawan santan

Garam secukup rasa

Air agak-agak (bancuhan jangan pekat, jangan cair sangat)

Cara-caranya

13932832 1028749780496244 4858244728079978275 n

Bancuh sahaja semua adunan di atas dan boleh start menggoreng. Letaklah kacang dan ikan bilis mengikut selera. Selamat mencuba!

Kredit: Suhada Ghads (Masak Apa Hari Ni)

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Makan

Oh! Podcast

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25

OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas