Connect with us

Oh! Media

#JUADAH Resepi Biskut Ala Famous Amos Laku Keras, Lebih 600k ‘Shares’!

Oh! Makan

#JUADAH Resepi Biskut Ala Famous Amos Laku Keras, Lebih 600k ‘Shares’!

Hari ini masuklah hari ke-11 umat Islam di Malaysia berpuasa, mesti mak-mak dah sibuk buat persiapan untuk menyambut lebaran kan?

ADVERTISEMENT

BACA: Pening Kedai Biskut Raya Tak Buka? Ini 6 Resepi Biskut Raya Simple Yang Boleh Korang Cuba!

Orang kata, kalau tak ada biskut raya memang tak meriahkan Aidilfitri itu nanti. Paling-paling pun kenalah ada biskut coklat chip ala-ala Famous Amos yang digemari ramai.

Bagi yang mencari resepi biskut raya untuk dicuba tahun ini, apa kata korang cuba resepi perkongsian Baizura Muhammad ini.

Perkongsian yang dibuatnya pada April 2020 itu sehingga kini telah meraih 600,000 shares dan 27,000 komen! Fuh memang sedap betul ni! Difahamkan, dia mencuba resepi ini setelah dikongsikan oleh pemilik asal Anney Z Mustapha.

Bahan-bahan

250 gram butter

1 1/4 cawan brown sugar

1 sudu kecil essence vanila

1 biji telur

2 1/2 cawan tepung gandum

1/2 cawan tepung jagung

1 sudu kecil baking powder

1 sudu kecil soda bikarbonat

6 sudu besar minyak masak

2 cawan coklat cip

Almond nips/almond flakes –jika suka

Lagi premium (jenis mahal) bahan yang digunakan, lagi sedap rasa cookies ni tau!

Cara-caranya

1. Masukkan butter 250g, brown sugar 1 1/4 cawan, essence vanilla 1 sudu kecik dan telur sebiji. Kacau leklek just bagi sebati je, takyah sesungguh sangat.

Ramai yang buat silap kat sini. Jangan pakai mixer. Pakai spatula/senduk/sudu je cukup. Nak pakai tangan pun boleh. Kacau sekadar nak bagi bahan sebati je, kacau slow-slow. Bila bahan dah bercampur je terus stop. Tak perlu bagi kembang. Tak perlu tunggu sampai gula larut. Seminit-dua je cukup.

2. Dalam bekas yang sama tadi, masukkan pula tepung gandum 2 1/2 cawan, tepung jagung 1/2 cawan, soda bikarbonat 1 sudu kecik, baking powder pun 1 sudu kecil dan minyak masak 6 sudu besar. Kacau lagi bagi sebati, pelan-pelan kayuh..

Ingat, kacau slow-slow je sekadar nak bagi bahan bercampur rata. Dah sebati terus stop, buat step seterusnya.

3. Bila semua dah sebati, masukkan 2 cawan choc chip.

4. Kacau sebati lagi sampai semua mesra friendly gitu. Masih kacau slow-slow.. laju-laju nak pergi mana?

5. Kalau rasa nak tambah badam nips ke, almond flakes ke, cornflakes ke or nestum ke, tambah je ikut suka. Macam kakbai, asingkan sikit untuk letak almond nips so dapatlah 2 jenis nanti. Dah tambah, kacau sebati jugak.

6. Adunan yang dah siap tu, masukkan dalam fridge selama 30minit. Tutuplah sikit adunan tu. Kalau fridge jenis tak sejuk sangat, simpan lama lagi. Pastikan adunan tu jadi keras sikit masa ni.

7. Sapu tray dengan butter. Takyah letak baking paper. Cubit sikit dan susun jarak-jarak dalam tray. Kekalkan social distancing seperti dalam gambar.

Cubit je adunan tu. Tak perlu tekan bagi penyet. Nanti bila bakar dia akan cair dan turun sendiri. Tengok gambar dan tiru buat yang sama.

8. Sebelum tu, panaskan oven suhu 150’ guna api atas bawah, kipas on. Bila oven dah panas, bakar selama 20 minit. Tengok betul-betul rupa adunan ni sebelum dibakar. Tak perlu tekan bagi penyet. Nanti kat gambar sebelah boleh tengok adunan mencair sendiri masa dibakar.

Nampak tu dia dah start mengembang. Jangan gatal-gatal nak bukak oven kejap-kejap nanti bantat jadinya.

Masa baru keluar oven biskut ni lembut sikit tau. Dah sejuk baru dia crunchy.

Selamat mencuba!

Kredit: Baizura Muhammad

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Makan

Ke Atas