Connect with us

Oh! Media

Hidangan Cina-Muslim, Ini Adalah Resepi Ayam Kam Heong Yang Mudah Diikuti

Oh! Makan

Hidangan Cina-Muslim, Ini Adalah Resepi Ayam Kam Heong Yang Mudah Diikuti

Selalu kita masak ayam dekat rumah, kalau tak goreng pun mesti selalu buat hidangan dengan kaedah masak guna kicap, sup, sambal ataupun masak cili api kan?

ADVERTISEMENT

BACA: Nak Rasa Tapi Poket Kering? Ini Resepi ‘Mesra Dompet’ Buat Beef Wellington

Tapi ada tak di luar sana, yang pernah merasai kesedapan hidangan Ayam Kam Heong? Kebanyakkan restoran Cina Muslim banyak menyajikan menu ini. Jadi, jom kita buat resepi Ayam Masak Kam Heong hari ini!

Ayam Kam Heong

ayam

Bahan-bahan penyediaan Sos Kam Heong:

Bahan A

  1. 100g udang kering (rendam 10 minit)
  2. 20-30 helai daun kari
  3. 2 sudu serbuk kari
  4. 3 sudu sos tiram
  5. 1 sudu kicap cair
  6. 1/2 sudu kicap pekat
  7. 1 sudu teh gula
  8. 3 sudu minyak masak

Bahan B:

  1. 4 biji bawang putih
  2. 8 biji bawang merah
  3. 6 biji cili padi (ikut selera)

Cara penyediaan sos:

  1. Potong semua bahan B dan letak tepi. Kisar/cincang halus udang kering.
  2. Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih dan bawang merah bersama udang kering yang telah direndam tadi, sehingga naik bau.
  3. Kemudian tambahkan daun kari, cili yang telah dipotong bersama kesemua bahan-bahan yang lain.
  4. Kacau hingga mendidih dan naik bau.
  5. Sedia untuk digunakan.

Bahan-bahan penyediaan ayam:

Bahan yang diperlukan

  1. 1 ekor ayam (potong 18)
  2. 1 sudu teh kicap cair
  3. 1 sudu teh sos tiram
  4. 1 sudu teh tepung jagung
  5. 1 sudu teh minyak bijan
  6. 1 sudu minyak masak
  7. 5 sudu sos Kam Heong
  8. 100 ml air

Cara penyediaan

  1. Campurkan ayam dengan kicap cair, sos tiram, tepung jagung dan minyak bijan. Gaulkan dan perap selama 30 minit.
  2. Selepas perap, goreng sehingga masak dan ketepikan.
  3. Masukkan minyak dan tumis sos Kam Heong hingga naik bau,
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng bersama air dan dikacau.
  5. Masak hingga kuah memekat.
  6. Siap untuk dihidang.

Ha, mudah dan menarik bukan? Jadi, selamat mencuba!

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Makan

Ke Atas