Connect with us

Oh! Media

Burger King Lancar Menu Istimewa “Lucky Your Way” Raya Tahun Baru Cina

Burger King

Oh! Makan

Burger King Lancar Menu Istimewa “Lucky Your Way” Raya Tahun Baru Cina

“Eh, Tahun Baru Cina ni takkan takde yang baru” 

Hmm, korang tunggu apa tu? Tunggu menu baru ke? Setiap kali perayaan mestilah kena ada menu yang baru dan special kan. Korang jangan risau,  Burger King sedia memenuhi semua keinginan korang. 

ADVERTISEMENT

Istimewa sempena menyambut Tahun Baru Cina kali ini, Burger King melancarkan menu terbaru,set Lucky Your Way yang pastinya akan dapat memikat selera korang. 

Hidangan bagi set Lucky Your Way ini menampilkan menu eksklusif yang diinspirasikan oleh Tahun Baru Cina yang pastinya direka dengan teliti bagi menyampaikan intipati perayaan kali ini. 

Menu Pilihan Penuh Tuah Burger King

Menu kali ini, memfokuskan bagi memberi sebanyak mungkin kemakmuran bagi semua. Ia juga disusun rapi  bagi melambangkan tuah dan kebahagiaan. Menu kali ini juga dilengkapi dengan pelbagai bahan-bahan yang premium dan berkualiti. 

Antara, menu yang diperkenalkan dalam set Lucky Your Way ini adalah Lucky Tendergrill yang menggunakan daging paha ayam yang 100% dipanggang api. Lucky Double Beef yang dihidangkan dengan 100% daging lembu panggang. 

Tidak dilupakan juga, Lucky Salmon yang menghidangkan patty salmon yang penuh perisa dan dipadukan dengan jalur ayam yang rangup, dihidangkan dengan sempurna di antara lapisan. 

Hmm, dah dapat burger ni, takkan la takde hidangan sampingan? 

Korang jangan risau, bagi menu kali ini Burger King juga turut memperkenalkan air Fizz berperisa limau  dengan rasa sitrus yang menyegarkan bagi menghilangkan dahaga korang. 

Tidak lupa juga ia dilengkapkan dengan dessert yang lazat untuk dinikmati. Antaranya adalah, Salted Caramel Cone, Salted Caramel Sundae Cup, dan juga  Salted Caramel Coke Float.

Korang tunggu apa lagi, cepat dapatkan menu Lucky Your Way ini bermula  Februari sehingga 11 Mac 2024. Jangan lepaskan peluang untuk dapatkan menu pilihan yang penuh tuah ini. 

Permainan Roda Keliling Burger King 

Istimewa bagi merayakan Tahun Baru Cina kali ini, Burger King bukan sahaja memperkenalkan menu baru bagi semua peminat. Tetapi Burger King juga membawakan  Permainan Roda Keliling khas bagi peminat. 

Permainan ini tersedia dari 10 hingga 18 Februari dan menampilkan dua slot yang bermula dari 11 pagi hingga 3 petang dan 5 petang hingga 9 malam. Setiap pelanggan dapat menikmati permainan ini dengan memutarkan roda bagi memenangi pelbagai hadiah menarik. 

Korang tunggu apa lagi, jangan lepaskan peluang ini dan hadiri cawangan Burger King yang terpilih di Ipoh Parade, Johor Bahru City Square, Aeon Tebrau, Prangin Mall, Midvalley Mall, Pavilion Kuala Lumpur & Sunway Carnival.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Oh! Makan

Ke Atas