Connect with us

Oh! Media

Ada Sijil Halal. Snek Perisa Salted Egg Terkenal Singapura, IRVINS Kini Di Malaysia

Irvins Ohmedia

Oh! Makan

Ada Sijil Halal. Snek Perisa Salted Egg Terkenal Singapura, IRVINS Kini Di Malaysia

Korang peminat snek berperisa telur asin? Haa.. Sekarang korang dah boleh add satu lagi brand dalam senarai kudapan korang.

IRVINS, jenama snek berperisa telur asin yang terkenal di Singapura kini dah memasuki pasaran Malaysia!

Lagi menarik, jenama ini turut memiliki sijil Halal daripada Majlis Ugama Islam Singapura. Jadi korang boleh makan tanpa was-was ya.

IKLAN

3 perisa lazat pengganti snek perayaan

Irvins ohmedia

Kalau selalu bila raya orang hidang kuih tart nenas atau kapit, nak kelainan sikit apa kata korang hidang snek IRVINS ni. Gerenti tetamu tak berhenti mengunyah!

IRVINS boleh didapati dalam pek 80g dan 210g dengan 3 perisa yang lazat seperti Kulit Ikan Telur Masin, Kerepek Kentang, dan Kulit Salmon.

“Kami sangat gembira kerana akhirnya dapat berada di pasaran e-dagang dan kedai runcit di Malaysia. Ramai peminat tegar IRVINS dan telur masin dari Malaysia yang sentiasa kami layani di kedai-kedai kami di Singapura.

Oleh itu, peluang ini sudah lama kami nanti-nantikan. IRVINS juga tiba pada masa yang paling sesuai ketika kita kini menghampiri musim memberi dan berkongsi pada perayaan ,” Irvin Gunawan, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif IRVINS.

Bermula dari bawah sebagai gerai kecil di Singapura, IRVINS telah berkembang pesat menjadi jenama global yang boleh didapati lebih daripada 10 pasaran dan Malaysia antara salah satu daripadanya.

Ramai yang menyukai IRVINS kerana rasa asli yang disediakan dengan penuh ketelitian menggunakan bahan-bahan premium.

Snek ini diinspirasikan daripada para chef sendiri lalu menjadikannya snek premium, menagihkan dan istimewa. #DangerouslyAddictive!

Irvins ohmedia 1

Snek Kulit Ikan Telur Masin, Kerepek Kentang, dan Kulit Salmon IRVINS 80g boleh didapati bermula dari RM23.50 di kedai serbaneka terpilih seperti MiX, C U Mart manakala pek 210g dijual bermula dari RM56.00 di pasaran dalam talian Shopee dan Lazada.

Maklumat lanjut tentang IRVINS ikuti mereka di Instagram dan Facebook.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mastura Zulkafli
Mastura adalah Ketua Penulis Editorial sepenuh masa di Oh! Media, pakar dalam menyampaikan artikel pemasaran dengan gaya yang santai namun penuh informasi, memastikan setiap kandungan mudah difahami dan relevan untuk pembaca.
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...

Lagi dalam kategori Oh! Makan

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas