Oh! Arena
Tunku Ismail Tegas Pegawai FAM Perlu Bertanggungjawab Jika Salah Laku Berlaku
TMJ gesa pegawai FAM bertanggungjawab jika dakwaan pemalsuan dokumen benar.
Isu pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan kembali hangat bila, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail (TMJ) tampil beri teguran tegas. Baginda ingatkan pegawai FAM supaya bersedia memikul tanggungjawab kalau benar ada salah laku dalam pentadbiran. Dalam masa sama, TMJ menjelaskan keberanian FAM membawa kes ini ke CAS menunjukkan usaha mereka mencari keadilan.
Tunku Ismail persoal peranan pegawai FAM

Kalau ada terlepas pandang dari mana-mana pihak dalam pentadbiran yang ada dalam FAM, mereka patut letak jawatanlah. Kenapa dia ada kat situ, selama ni ada kat situ pun apa dia pernah buat untuk bola sepak, cakap dengan saya?
Bila benda ni berlaku, semua lepas tangan. Siapa yang kerja dalam contoh admin yang ada salah, letak jawatan, termasuk dengan katakan CEO terlepas pandang dia buat salah, letak jawatan, ambil tanggungjawab masing-masing.- Katanya.
Baginda menegaskan bahawa usaha mendapatkan keadilan tidak harus berhenti walaupun keputusan akhirnya tidak memihak kepada Malaysia.
Tapi kalau benda ni salah, takkan kita berani pergi sampai ke CAS, kalau kalah pun so what, tak semestinya bola sepak tu mati, kita buat lagi, sebanyak mana kita boleh, sampai kita capai matlamat kita.- Katanya.
Tunku Ismail tanggung kos penuh kes FAM di CAS

Sebelum ini, TMJ menyatakan baginda akan menanggung sepenuhnya kos berkaitan kes FAM di CAS. Tindakan itu diambil sebagai sokongan kepada tujuh pemain warisan yang kini berdepan hukuman gantung oleh FIFA. Langkah ini dilihat sebagai usaha memastikan FAM dan pemain mendapat ruang pembelaan yang adil.
Dalam perkembangan terdahulu, FIFA menolak rayuan FAM dan tujuh pemain terbabit. Hukuman yang dikekalkan termasuk denda ke atas FAM sebanyak CHF 350,000, manakala setiap pemain dikenakan penggantungan 12 bulan serta denda CHF 2,000.
Pssttt! Ohmedia rasa kes macam ini memang berat untuk bola sepak negara, tapi apa pun kita harap semua pihak ambil iktibar dan lebih teliti selepas ini. Kadang-kadang satu kecuaian kecil je boleh jejaskan banyak benda.
Kredit: Malaysiakini
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.