
Oh! Arena
Penampilan Pertama Luqman Hakim Di Liga Super Jumaat Ini?
Serangan skuad Jang dijangka lebih tajam dengan kehadiran Luqman
Penyerang baharu Negeri Sembilan FC (NSFC), Luqman Hakim Shamsudin dijangka membuat penampilan sulung dalam aksi Liga Super menentang Kuching City FC, Jumaat ini.
Selepas dua perlawanan awal liga tanpa bekas penyerang KV Kortrijk itu, peminat NSFC kini menantikan kemunculan beliau bagi memperkukuh kekuatan skuad Jang.
Nidzam Jamil dedah ‘sebab’ Luqman tidak diturunkan sebelum ini

Ketua jurulatih NSFC, Nidzam Jamil, menjelaskan bahawa Luqman masih berada dalam fasa pemulihan dan belum cergas sepenuhnya untuk diturunkan dalam mana-mana aksi rasmi sebelum ini.
Menurutnya, walaupun pemain berusia 23 tahun itu sudah mula kembali menjalani latihan bersama rakan sepasukan, tahap kecergasan beliau masih perlu dipantau bagi mengelakkan risiko kecederaan berulang.
Dalam masa sama, Khuzaimi Piee yang juga tonggak pertahanan dan kapten pasukan turut direhatkan ekoran sebab yang sama, sekali gus memaksa barisan kejurulatihan melakukan beberapa rombakan.
Luqman tidak untuk (aksi menentang) Selangor. Tetapi (aksi) menentang Kuching City, mungkin beliau ada, sama juga dengan Jimmy (Khuzaimie)

Nidzam juga menjangkakan kedua-dua pemain itu akan kembali cergas sepenuhnya supaya dapat memberi lebih banyak pilihan dalam perancangan taktikal pasukan.
Pssttt! Kemunculan semula Luqman dan Khuzaimi pastinya menjadi detik yang dinanti-nantikan penyokong, dengan aura mereka dijangka menambah bisa serta kekuatan skuad Hobin Jang Hobin yang sedang memburu rentak konsisten dalam saingan Liga Super, selepas aksi cemerlang menundukkan Selangor minggu lalu.
Kredit: Astro Arena
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
