Connect with us

Oh! Media

Atlet Ping Pong Korea Utara Kena Siasat Lepas Swafoto Dengan Atlet Musuh Di Olimpik Paris 2024

Ohmedia hafizal Thumbnail Om Article 713 × 401px

Oh! Arena

Atlet Ping Pong Korea Utara Kena Siasat Lepas Swafoto Dengan Atlet Musuh Di Olimpik Paris 2024

Insiden swafoto yang kelihatan mesra antara atlet ping pong Korea Utara, Ri Jong Sik dan Kim Kum Yong, bersama atlet Korea Selatan dan China di podium Olimpik Paris 2024 telah menjadi perhatian dunia. Namun, apa yang dianggap manis oleh dunia luar, disifatkan sebagai pelanggaran serius di Korea Utara.

Menurut laporan Daily NK, tindakan kedua-dua atlet Korea Utara itu dianggap melanggar protokol ideologi ketat negara mereka. Parti telah mengkritik mereka kerana berhubung mesra dengan “musuh utama” negara, iaitu Korea Selatan.

Ini jelas bertentangan dengan arahan tegas agar tidak berinteraksi dengan atlet dari negara musuh.

IKLAN

Nasib kedua-dua atlet ini masih belum diketahui, sama ada mereka bakal berdepan hukuman berat atau hanya diberikan amaran keras serta diarahkan untuk melakukan penilaian diri yang mendalam.

Ohmedia img 4592

Semua atlet Korea Utara dikenakan siasatan ideologi sebaik pulang dari Olimpik Paris…

Sekembalinya dari Sukan Olimpik Paris 2024, semua atlet Korea Utara kini menjalani sesi siasatan ideologi yang ketat di Pyongyang. Difahamkan, mereka akan melalui tiga peringkat “totalisasi” atau penilaian ideologi yang dikendalikan oleh Jabatan Propaganda dan Agitasi Parti Pusat.

Menurut sumber dalaman yang dipetik oleh Daily NK, sebaik sahaja tiba di tanah air pada 15 Ogos lalu, para atlet dan pegawai Jawatankuasa Olimpik Korea Utara diminta untuk hadir ke sesi ini.

Sesi totalisasi ini bertujuan untuk “membersihkan” minda atlet dari sebarang pengaruh budaya luar yang dianggap tidak sesuai dengan nilai-nilai sosialis negara.

Proses totalisasi ini melibatkan tiga peringkat utama:

  1. Totalisasi Parti Pusat: Fokus kepada tingkah laku atlet sepanjang Olimpik. Sebarang pelanggaran seperti berhubung dengan atlet Korea Selatan akan dikenakan hukuman tegas.
  2. Totalisasi Kementerian Sukan: Prestasi atlet akan dinilai. Atlet cemerlang mungkin menerima penghargaan, manakala yang gagal berisiko menghadapi kritikan atau hukuman.
  3. Totalisasi Dalaman: Atlet perlu mengkritik diri sendiri dan rakan sepasukan, serta mendedahkan sebarang tingkah laku salah semasa penyertaan di Olimpik Paris 2024.

Langkah ini adalah untuk memastikan semua kesilapan dikenalpasti dan dibetulkan secara terbuka.

Ohmedia hafizal Thumbnail Om Article 713 × 401px

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: Daily NK


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Arena

Oh! Podcast

Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25

OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM

Oh! Botcast

Dengarkan 5 berita paling popular sepanjang minggu ini melalui Botcast bersama AIsyah dan AIzat. Enjoice!


Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas