
Oh! Arena
10,000 Penyokong Dijangka Gamatkan Aksi Negeri Sembilan, Kuching City
Penyokong skuad Jang sedia beri sorakan terbaik!
Sejak pagi tadi, lebih 5,000 tiket aksi Liga Super (LS4) membabitkan pasukan Negeri Sembilan FC menentang Kuching City Jumaat ini laris terjual, sekali gus menggambarkan betapa hangatnya sokongan penyokong setia ‘Hobin Jang Hobin’.
Gelombang kehadiran penyokong ini dijangka terus meningkat menjelang hari perlawanan, dengan ramalan lebih 10,000 penyokong bakal membanjiri Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi untuk menyaksikan sendiri kebangkitan skuad kendalian Nidzam Jamil pada musim ini.
Kehadiran penyokong jadi pembakar semangat!
Menerusi Facebook rasmi NSFC, kehadiran besar ini bukan sahaja dijangka membakar semangat para pemain, malah mampu menjadikan stadium keramat NSFC kembali bergema dengan sorakan padu penyokong tuan rumah.
Terima kasih penyokong setia, jangan tunggu lagi. Ayuh penuhkan stadium Jumaat malam ini!
Dalam perlawanan menentang Selangor pada Ahad lalu, Stadium Tuanku Abdul Rahman mencatatkan kehadiran seramai 25,550 penyokong. Aksi dramatik itu berpihak kepada NSFC yang meraih kemenangan 2-1 hasil jaringan minit akhir pemain import dari Jepun, Mio Tsuneyasu.
Selain pembelian secara dalam talian, kaunter tiket fizikal turut dibuka bermula hari ini di Wisma PBNS sehingga jam 4.30 petang.
Pssttt! Kehadiran penyokong ke stadium bukan sekadar memberi sorakan, tetapi menjadi nadi utama yang memastikan kelab terus bertahan dan mampu bersaing. Sokongan inilah yang menjadi sumber semangat kepada pasukan untuk terus melangkah lebih jauh.
Kredit: Negeri Sembilan Football Club
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
