Connect with us

Oh! Media

Vaksin Covid-19 Percuma Kepada Semua Rakyat Termasuk Bukan Warganegara

COVID-19

Vaksin Covid-19 Percuma Kepada Semua Rakyat Termasuk Bukan Warganegara

Bermula penghujung bulan ini, pemberian vaksin secara percuma akan diberikan kepada rakyat termasuk bukan warganegara. Memetik laporan Astro Awani, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) dalam satu kenyataan berkata, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan turut melibatkan semua golongan bukan warganegara yang menetap di Malaysia.

ADVERTISEMENT
Sekadar gambar hiasan

Usaha tersebut dilakukan selari dengan tema program iaitu ‘Lindung Diri, Lindung Semua’ serta menerusi pendekatan ‘tiada yang selamat, sehingga semua adalah selamat’. Katanya lagi, pemberian vaksin secara percuma diputuskan selepas mengambil kira faktor-faktor berikut;

1- Persekitaran selamat serta bebas COVID-19 hanya boleh dicapai apabila seramai mungkin penduduk Malaysia diberikan vaksin.

2- Dalam tempoh pandemik, pemberian vaksin adalah langkah berperikemanusiaan.

3- Rekod jumlah pesakit yang ramai menerusi kluster yang wujud daripada pekerja asing (sektor perladangan, pembinaan dan pembuatan.

4- Kos rawatan dan kuarantin pesakit COVID-19 yang tinggi akibat daripada jangkitan kepada kluster pekerja asing.

5- Pekerja asing yang telah menjadi sebahagian daripada komuniti masyarakat dan turut menyumbang kepada ekonomi negara.

6- Layanan oleh sebahagian negara luar yang turut memberikan vaksin kepada warganegara Malaysia yang berada di negara tersebut.

Walau bagaimanapun, keutamaan adalah kepada warganegara terlebih dahulu.

Keputusan pemberian secara percuma ini juga dibuat memandangkan akses bekalan vaksin yang diperolehi adalah mencukupi serta melebihi jumlah warganegara yang layak menerimanya.

Ia juga selari dengan pendirian kerajaan untuk memberi vaksin kepada seramai mungkin populasi di Malaysia bagi membolehkan imuniti kelompok dapat dibentuk dalam usaha membendung pandemik COVID-19.

Tambahnya, maklumat lanjut dan jadual pemberian vaksin untuk bukan warganegara akan diumum kelak.

Kredit: Astro Awani

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori COVID-19

Ke Atas