Connect with us

Oh! Media

Ujian Air Liur Covid-19 Capai Sensitiviti 90 Peratus

Ujian Air Liur

COVID-19

Ujian Air Liur Covid-19 Capai Sensitiviti 90 Peratus

Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) telah melakukan kajian dan mendapati dua peranti ujian kendiri (Rapid Antigen Test) yang menggunakan air liur untuk saringan Covid-19 sudah mencapai tahap sensitiviti 90 peratus.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham berkata, kajian yang dijalankan IMR telah selesai dan perincian panduan penggunaan kit ujian kendiri itu dijangka selesai pada minggu depan.

“Dua ujian kendiri air liur telah selesai dikaji oleh IMR dan kedua-duanya mempunyai sensitiviti melebihi 90 peratus. MDA (Pihak Berkuasa Peranti Perubatan) sedang memperincikan panduan penggunaan dan insya-Allah akan selesai minggu depan,” katanya menerusi ciapan dalam Twitter hari ini.

Kit test

Menurut Dr. Noor Hisham, ada dua syarikat yang sedia menawarkan kit ujian itu untuk dijual kepada farmasi tempatan.

IKLAN

Tambah beliau, dengan adanya kit ujian air liur itu, orang ramai tidak perlu ke hospital atau fasiliti kesihatan untuk melakukan saringan awal bagi mengesan virus Covid-19.

Kredit : UtusanMalaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori COVID-19

Ke Atas