Connect with us

Oh! Media

Remaja Perempuan Direman, Dakwa Positif Covid-19 Sebab Tak Mahu Masuk Kerja

COVID-19

Remaja Perempuan Direman, Dakwa Positif Covid-19 Sebab Tak Mahu Masuk Kerja

Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun direman tiga hari bagi membantu siasatan kerana memalsukan laporan keputusan ujian calitan Covid-19.

ADVERTISEMENT

Menerusi laporan Harian Metro, perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nur Izzaty Muhammad Zahari di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini.

Hal ini bermula apabila pemilik sebuah restoran di Skudai telah membuat laporan kerana menerima mesej daripada pekerjanya melalui Whatsapp yang menghantar sekeping gambar surat mendakwa dia telah positif Covid-19.

Sumber : Harian Metro

Bagi mengelakkan keresahan orang ramai, majikan restoran berkenaan menutup restorannya dan membawa 12 pekerjanya ke klinik untuk buat ujian calitan Covid-19 dan hasilnya mereka semua didapati negatif Covid-19 termasuk majikan restoran.

Untuk memastikan kesahihan berhubung pekerjanya yang mendakwa dirinya positif Covid-19, dia bertanya sendiri kepada pekerjanya tentang hal sebenar. Pekerja tersebut mengaku yang dia telah menipu majikannya.

Dia berbuat demikian hanya disebabkan tidak mahu datang bekerja kerana dia merasakan yang dia tidak sesuai bekerja sebagai pelayan restoran.

Menurut sumber, remaja tersebut baru bekerja sehari di restoran berkenaan. Susulan itu, kes disiasat di bawah seksyen 420/468 Kanun Keseksaan.

Kredit : Harian Metro

+Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media

Comments

Lagi dalam kategori COVID-19

Ke Atas