Connect with us

Oh! Media

Pandemik Dijangka Berakhir Awal Tahun 2022 – Pegawai WHO

COVID-19

Pandemik Dijangka Berakhir Awal Tahun 2022 – Pegawai WHO

Sudah lebih setahun dunia diserang dengan wabak Covid-19, dan sudah pastinya ramai yang tertunggu-tunggu saat dimana kita semua boleh bebas kembali seperti dulu.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan media yang dilaporkan baru-baru ini, Pengarah Serantau Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk Eropah Hans Kluge, dikatakan percaya jika pandemik Covid-19 ini akan berakhir pada awal 2022.

Jangkitan Covid-19 kini masih lagi merebak pada tahun 2021, namun ianya dikatakan akan lebih terkawal berbanding tahun lepas.

Dengan menyifatkan situasi terburuk ini akan berakhir, Kluge berkata, kini lebih banyak maklumat yang boleh kita dapat mengenai virus ini jika dibandingkan dengan tahun 2020, semasa diperingkat awal penularan.

Namun, Kluge juga turut mengingatkan yang tidak ada sesiapapun yang dapat mengetahui keadaan pandemik Covid-19 yang akan berlaku pada masa depan.

Virus ini akan terus wujud, tapi saya berpendapat ia tidak lagi memerlukan sekatan. Ini adalah mesej yang optimis. – Katanya.

Kluge berkata, mutasi adalah perkara biasa dan virus ini sedang menyesuaikan diri dengan individu yang dijangkiti, yang menjadi kebimbangan ialah apabila penularan mutasi ini berlaku dengan pantas.

WHO juga turut memantau rapat keberkesanan vaksin Covid-19 yang dibangunkan untuk melawan jenis virus yang pantas merebak, dan jika perlu vaksin juga dapat diubah berdasarkan mutasi baru dan tidak perlu membangunkannya dari mula.

Ini kerana mutasi tidak akan menjadikan virus itu tidak terkawal, tetapi mutasi akan memberi lebih tekanan, lebih-lebih lagi kepada negara-negara yang mempunyai sistem penjagaan kesihatan yang sudah berada di tahap sukar.

Masalah terbesar akan muncul apabila mereka yang telah divaksin berada di kelompok sama dengan golongan tidak divaksin, kerana itu faktor penjadualan memainkan peranan sangat penting. – Kata Kluge.

Kredit: Sinar

Comments

Lagi dalam kategori COVID-19

Ke Atas