Connect with us

Oh! Media

endemik

COVID-19

“Kita Jauh Lagi Dari Endemik”- Ini Penjelasan KJ Selepas Ramai Keliru Maksud Sebenar Fasa Peralihan Ke Endemik

Terdahulu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein memaklumkan bahawa Malaysia dijangka bakal beralih dari fasa epidemik ke endemik dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi.

Namun, baru-baru ini Menteri Kesihatan YB Khairy Jamaluddin telah membalas satu ciapan oleh seorang wartawan penyiaran dikenali sebagai Firdaus Azil di laman Twitter yang mengundang kekeliruan orang ramai.

IKLAN

Menerusi ciapan tersebut, Firdaus yang meluahkan rasa bersyukur apabila negara kita telah berada di dalam fasa endemik selepas melalui pelbagai fasa dari PKP, PKPD, PKPB, PKPKPPNT, PKPP, dan PPN.

Jangan dilupa Proklamasi Darurat. Alhamdulillah, masih tidak akan membuka pelitup muka saya di khalayak ramai kecuali makan, mendaki.

Susulan itu, KJ telah menjelaskan bahawa negara kita masih belum berada di fasa endemik. Sebaliknya, berada di fasa peralihan (mungkin perlahan) kepada fasa endemik.

Tidak, kita jauh lagi dari endemik. Endemik adalah apabila penyakit itu tidak merebak secara meluas tanpa langkah-langkah kesihatan awam (seperti memakai pelitup muka).

Meninjau di ruangan balas, rata-rata orang ramai turut memberi pelbagai respon. Ada yang masih keliru dengan kenyataan yang diberikan oleh KJ dan ada juga yang menerangkan kenyataan tersebut dengan lebih jelas.

Kita sekarang baru berada di Fas Peralihan ke Endemik, belum Endemik sepenuhnya…

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Sayalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang selalu temani awak di saat susah nak tidur tu. Nak tahu apa yang terkini dan viral boleh cari nama abang ok!

Lagi dalam kategori COVID-19

Ke Atas