Connect with us

Oh! Media

Yang Dinanti-Nanti Sekian Lama, Prosperity Burger McD Akhirnya Kembali

Branded

Yang Dinanti-Nanti Sekian Lama, Prosperity Burger McD Akhirnya Kembali

Yang ditunggu-tunggu telah tiba, penantian yang panjang akhirnya menemui noktahnya. Buat penggemar Prosperity Burger McDonald’s, inilah masanya untuk korang makan puas-puas kerana burger kegemaran ramai kini kembali ke McD!

Apa yang lagi best, McD nak belanja baucar tunai RM100 untuk 10 pemenang bertuah. Bolehlah korang jamu keluarga dengan kawan-kawan dengan hidangan Prosperity Burger sempena nak ‘tutup buku’ 2022 dan mulakan tahun 2023 dengan lembaran baru dan kemakmuran.

Menangi baucar tunai RM1,000!

Caranya pun mudah je, jadi kena baca artikel sampai habis bagi dapatkan klu bagaimana untuk menang hadiah!

Sama dengan tahun-tahun sebelumnya, Prosperity Burger McD ini masih mengekalkan pilihan daging atau ayam. Bergantung kepada citarasa masing-masing. Korang biasa pesan yang mana?

Bayangkan layan bola ramai-ramai, makan pula burger favourite ramai ni, memang layan habis. Lebih-lebih lagi bila dah hujung tahun, banyak pula festive dari world-cup, tahun baru hinggalah Tahun Baru Cina dalam beberapa bulan. Macam mana lagi nak luangkan masa berkualiti dengan yang tersayang kalau bukan dengan makan-makan kan?

Kepingan daging atau ayam dimasak sempurna, kekal juicy dan empuk di dalam, lalu dicelup dengan sos lada hitam yang tiada tandingan, dimakan bersama hirisan bawang diapit dua ban gebu, nikmat mana yang mahu korang dustakan? Dah kecur air liur ke tu guys?

Tidak habis di situ, dapat pula Twister Fries yang rangup dan penuh dengan perisa yang hanya anda boleh dapat setahun sekali aje. Confirm kena tambah pesanan untuk twister fries ni sebab mana cukup kalau satu pek je!

Dapat pula Prosperity McFizz, memang gandingan paling mantap pernah terciptalah. Tak mampu diungkapkan dengan kata-kata, kalau ada yang masih tak pernah cuba, cepat pesan sekarang sementara masih ada!

Tebus Prosperity Burger dengan McD App. Bestnya!

Belum ada aplikasi McD? Apa kata korang download sekarang, rugilah kalau korang order McD tapi tak kumpul points.

Ni kami nak kongsi, bermula 1 Disember 2022- 4 Januari 2023 korang boleh tebus satu Prosperity Burger (ayam/daging) dengan setiap 2000 mata ganjaran pada McD apps korang. Syok tu!

*Tertakluk terma & syarat

Tak kira apa juga sambutan perayaan atau sesi makan-makan dengan keluarga dan kawan-kawan, Prosperity Burger McD adalah pilihan paling tepat. Kalau terlepas, siap sedialah menunggu setahun craving!

Apa-apa pun, jom buktikan kehandalan korang jadi yang terpantas untuk menang baucar tunai RM100. Jadi yang terpantas menyelesaikan puzzle, 10 pemenang dengan masa terbaik akan dipilih untuk jadi pemenang

Ajak semua join ramai-ramai, tengok siapa paling power main puzzle. Kami pun nak trylah, mana tahu menang, jangan cakap kami tak payung.

Jom pesan Prosperity Burger di restoran McDonald’s berhampiran, pesan online atau Pandu Lalu sekarang. Info lanjut boleh didapati di laman web McDonald’s atau ikuti mereka di Facebook dan Instagram.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas