Connect with us

Oh! Media

Yang Dinanti Kini Kembali. Kenapa Ramai Yang Teruja Dengan Ayam 8LADA Ni?

Branded

Yang Dinanti Kini Kembali. Kenapa Ramai Yang Teruja Dengan Ayam 8LADA Ni?

Setiap kali menjelangnya Ramadan yang mulia, sesuatu yang istimewa pasti kembali!

Texas Chicken menawarkan hidangan yang mendapat permintaan tinggi untuk memenuhi keinginan korang berbuka puasa dengan penuh kenikmatan. Wow, tak sabarnya!

Ayam 8LADA Kembali, Kali Ini Dengan Pedas Berganda-Ganda!

Bila tiba je bulan Ramadan, masa inilah keinginan nak berbuka puasa dengan hidangan yang luar biasa muncul. Admin kalau bulan puasa ni, craving nak cuba pelbagai jenis makanan, lagi-lagi yang pedas dan menyengat. Korang macam ni juga ke? 

Tak perlu susah-susah nak cari makanan yang paling pedas Ramadan ni, sebab Texas Chicken kini kembali dengan hidangan Ayam 8LADA buat peminat makanan pedas berapi!

Rasa ayam yang diperap dengan 8 jenis lada berbeza iaitu lada hijau Thai, lada merah, lada jalapeno, lada Szechuen, lada chipotle, lada hitam, lada ancho dan lada cayenne. Pasti membuatkan bibir dan lidah korang merasai sensasi kepedasan yang tiada tandingan. Berani nak cuba?

Korang akan merasai keunikan rasa pedas berganda-ganda, tapi tak boleh nak berhenti makan sebab rasanya tu memang addictivelah! Kami yakin, korang takkan jumpa rasa yang sama kat tempat lain.

Gabungkan pula kepedasan Ayam 8LADA bersama Chocolate Chip Biscuit, Texas Chicken. Memang saling melengkapi rasanya. Keenakan Chocolate Chip Biscuit yang dibuat segar setiap hari, pasti membuatkan korang rasa tak cukup satu!

Bayangkan berbuka puasa dengan kedua hidangan ini, gerenti terasa kenikmatannya selepas seharian menahan diri dari lapar dan dahaga.

Jom serbu Texas Chicken untuk menikmati Ayam 8LADA!

Kami dah cuba kehangatan Ayam 8LADA, jadi kami nak cabar korang pula untuk merasai sendiri rasa pedas berganda-ganda ayam ni. Mampu ke tidak?

Set Ayam 8LADA dan Chocolate Chip Biscuit edisi terhad ini, dijual pada harga RM16.99 sahaja termasuk minuman ringan.

Tunggu apa lagi? Segeralah ke Texas Chicken berhampiran atau order je dengan Grabfood bagi menikmati kepedasan Ayam 8LADA hari ini. Confirm berpeluh punya!

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas