Connect with us

Oh! Media

vivo Perkenalkan Varian 5G Bagi Telefon Pintar Swafoto Terunggulnya, vivo V21 5G Edisi Eksklusif

Branded

vivo Perkenalkan Varian 5G Bagi Telefon Pintar Swafoto Terunggulnya, vivo V21 5G Edisi Eksklusif

vivo Malaysia sekali lagi jadi tumpuan selepas melancarkan vivo V21 5G Edisi Eksklusif. Siri V dari vivo ni memang tak pernah mengecewakan dari dulu lagi tau. Dahlah bergaya, kamera depan pula luar biasa. Pergh! Harga dia pula sangatlah kompetitif! 

Bukan setakat berikan pengguna pengalaman teknologi 5G, vivo V21 5G Edisi Eksklusif ini juga hadir dengan gaya tersendiri. Dengan adanya ‘super night vision’ pada kamera depan, korang boleh selfie tanpa batasan dalam gelap. Menariknya, terdapat fungsi anti gegaran OIS+EIS pada kamera depan dan belakang untuk rakaman video tau. Wow! vivo V21 5G Edisi Eksklusif ini boleh dikatakan telefon pintar 5G yang paling berbaloi untuk dimiliki dalam pasaran ketika ini.

vivo juga turut bekerjasama  dengan 4 label fesyen tempatan bersama Fashionably KL untuk menghasilkan barangan berjenama bersama edisi terhad yang diilhamkan dari siri V21. Wah! Koleksi terhad daripada keempat-empat mereka cukup bergaya apabila dipadankan dengan vivo V21 5G Edisi Eksklusif ni. Bagi pelanggan yang membeli vivo V21 Edisi Eksklusif ini juga  berpeluang untuk memenangi Koleksi fashion terhad vivo ini tau. Memang terbaik!

64MP yang dilengkapi OIS

Untuk kamera belakang, vivo V21 5G Edisi Eksklusif ini hadir dengan 64MP yang dilengkapi dengan Penstabilan Imej Optik (OIS) paling tercanggih abad ini. Bukan tu jer, ia juga beresolusi tinggi tau. Gambar tetap akan sharp walau korang zoom-in.

44MP OIS Superior Nighttime

Walaupun dalam keadaan gelap, ciri swafoto 44MP OIS Superior Nighttime yang ada pada telefon pintar ini juga mampu untuk mengatasi getaran dan menghasilkan gambar yang berkualiti tinggi. Tambah lagi dengan adanya fungsi Dual Selfie Spotlight dan Screen Spotlight, gambar yang diambil akan nampak lebih jelas! Pergh! Barulah confident nak selfie dalam keadaan cahaya rendah, betul tak?

AI Night Portrait

Nak lagi mantul? Korang pakai jer V21 Potret Malam (AI Night Portrait) yang ada pada telefon pintar ini sebab ia menggunakan teknologi ISOCELL Plus 2G yang akan memaksimumkan had sensitiviti cahaya tau. Gambar akan fokus dekat korang dan hasilnya confirm cun gila! 

Oh ya, vivo V21 5G Edisi Eksklusif ini menggunakan pemprosesan MTK Dimensity 800U bersama 8GB + 3GB RAM tambahan. Confirm tak sekat-sekat untuk korang buat apa saja dengan telefon pintar ini. Dengan 256GB ROM yang tersedia juga memudahkan korang untuk menyimpan pelbagai aplikasi dan gambar swafoto yang diambil.

Aplikasi-aplikasi pada vivo V21 ini akan dibuka lebih laju dengan adanya cip pemprosesan teras 2.4Ghz. Kadar segar semula yang tinggi pada telefon pintar ini juga akan meningkatkan pengalaman korang untuk bermain game. Menariknya. bateri vivo V21 Edisi Eksklusif ini berkapasiti 4,000mAh (TYP) yang didatangkan bersama teknologi FlashCharge 33W. Pergh!  Bateri dahlah besar, nak cas pula ambil masa yang singkat.

Kalau korang perasan, rekabentuk telefon pintar ini sangat cantik dan minimalis dengan ketebalan hanya 7.29mm je tau. Ciri vivo Dual Tone Step Design pada vivo V21 5G Edisi Ekslusif ini adalah untuk menjadikan kamera belakang lebih ringan dan kemas. Patutlah Mira Filzah pun tergoda sebelum ini.

Bahagian hadapan telefon pintar ini menggunakan paparan E3 AMOLED FullView dengan kadar penyegaran 90Hz. Ianya akan memancarkan kecerahan skrin yang lebih optimum, kontras dan keterangan warna, siap ada perlindungan mata cahaya biru lagi tau. Bahagian belakang pula menampilkan kemasan AG Glass dengan warna yang diinspirasikan dari alam sekitar iaitu Sunset Dazzle dan Dusk Blue. Pergh! Terpukau betul dengan Dusk Blue dia tu.

Teknologi 5G yang ada pada telefon pintar ini akan berikan korang pengalaman sambungan yang lebih lancar, efisien dan lebih berkuasa apabila melayari internet dan mengakses hiburan mudah alih hasil inovatif vivo. The future is now lah katakan..

vivo V21 5G Edisi Eksklusif ini menggunakan dwi-mod antena 5G gais. Dengan itu, ia hanya menggunakan kuasa yang rendah tetapi lebih berkuasa dan stabil daripada telefon 5G mod tunggal. Kalau nak tengok movie dengan resolusi 4k pun tak buffering dah lepas ni, memang terbaik!

Kalau berminat, korang boleh dapatkan di semua kedai konsep vivo, pengedar sah vivo dan E-store vivo sekarang pada harga RM1,899 je gais. Oh ya, dekat Shopee dan Lazada pun ada tau. 

Promosi pembeli terawal

Bagi sesiapa yang membeli vivo V21 5G Edisi Ekslusif ini mulai sekarang sehingga 13 Jun nanti di kedai konsep vivo, korang layak menerima hadiah eksklusif iaitu setahun waranti lanjutan dan setahun perlindungan keretakan skrin dengan nilai keseluruhan yang berjumlah RM658. 

Manakala untuk yang membeli dari E-store rasmi vivo, korang layak menerima hadiah eksklusif iaitu setahun waranti lanjutan dan setahun perlindungan keretakan skrin bersama penutup mata ogawa, kad hadiah spotify bernilai RM50 dan powerbank Remax. Kesemuanya bernilai RM647 tau. 

Bagi yang membeli di Shopee dan Lazada, korang juga layak menerima hadiah eksklusif iaitu setahun waranti lanjutan dan setahun perlindungan keretakan skrin bersama penutup mata Ogawa, kad hadiah Spotify bernilai RM50.

Sekiranya korang membeli vivo V21 5G Edisi Eksklusif dari rakan telekomunikasi vivo, korang berpeluang menikmati pelan ansuran serta waranti lanjutan bertempoh satu tahun, perlindungan keretakan skrin bertempoh satu tahun di Maxis, Digi ataupun Celcom bersama hadiah eksklusif di Digi dan Celcom.

So, apa tunggu lagi? Untuk maklumat lanjut, korang boleh pergi ke laman web rasmi vivo atau Facebook dan Instagram vivo Malaysia sekarang. Jangan lupa untuk stay tuned di Facebook vivo untuk sertai dan memenangi barangan koleksi fashion terhad dari vivo juga tau gais.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas