Connect with us

Oh! Media

View Yang Rare & Tiada Bandingan, Tarikan Baru Warga Kota Kini Dibuka!

Branded

View Yang Rare & Tiada Bandingan, Tarikan Baru Warga Kota Kini Dibuka!

Pernah tak bila keluar je, asyik ke mall sama je, mestilah bosan kan? Mestilah nak suasana baru, persekitaran baru dari kebiasaan kan? Tahu tak, pusat beli-belah milik sepenuhnya Sime Darby Property, KL East Mall, kini dah dibuka guys!

Mesti ramai yang teruja nak melawat kawasan baru ni kan? Nak tahu apa kedai yang menarik, boleh la jadi port lepak baru lepas ni. Untuk makluman, tenant utama untuk mall terbaru ini adalah Harvey Norman, Jaya Grocer, Kfry, Toys’R’Us, BookXcess, H&M dan gelanggang Blue Ice Skating!

Bermula 25 November 2020 hingga 3 Januari 2021, KL East Mall bertukar wajah, pengunjung yang masuk, bersiap sedialah untuk terpesona dengan satu ‘dunia lain’, hutan kristal sejuk beku yang memukau. Pohon Krismas setinggi 24 kaki akan menyambut pengunjung di Atrium mall ini dengan dekorasi musim sejuk di kawasan sekitar. Excited kan?

Kempen perayaan Krismas pertama ini dinamakan ‘A Crystalline Christmas’ di mana hiasannya berinspirasikan Bukit Tabur yang juga dikenali sebagai Crystal Hill. Bukit Tabur adalah sebahagian mercu penting dari Permatang Kuartza Genting Klang (Klang Gates Quartz Ridge) yang merupakan permatang kuartza terpanjang di dunia! Paling best, view inilah yang menjadi latar belakang KL East Mall. Amazing!

Mall ini adalah mall retail dan gaya hidup 4 tingkat berkeluasan 384, 210 kaki persegi. Pusat membeli-belah ini dirancang sebagai pusat tumpuan trend di mana fesyen, muzik, gaya dan seni bertemu. Lokasinya cukup strategik kerana boleh dilalui menerusi beberapa lebuh raya utama seperti MRR2, DUKE, SUKE, Karak Expressway dan AKLEH.

Bagi pengguna pengangkutan awam, jangan risau kerana ianya juga bersambung terus dengan Gombak Transit Terminal. Senanglah kalau nak shopping tapi malas nak drive, naik public transport pun boleh je.

Sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) kerajaan, pihak mall akan melakukan saringan suhu badan di pintu masuk dan mensanitasi bahagian yang terdedah dengan sentuhan. Pengunjung juga perlu scan aplikasi MySejahtera sebelum masuk, wajib memakai mask dan mengamalkan penjarakan fizikal. Shopping, shopping juga, keselamatan dan kesihatan pun kena jaga tau.

Perhatian untuk kaki shopping, KL East Mall nak tawarkan RM180, 000 berupa hadiah yang boleh ditebus dan melalui saluran digital. Banyak tu guys! Korang juga boleh tebus ceramic canister dengan berbelanja minimum RM250 dalam 2 resit sehari di mall baru ni guys!

Christmas Vending Machine menyediakan hadiah bernilai RM5,000 tau! Hanya perlu berbelanja minimum RM50 untuk rebut peluang ini. Tuah manusia siapa yang tahu kan? Senang-senang je dapat bawa balik hadiah lumayan.

Ada tawaran istimewa untuk pengunjung dengan hanya perlu muat turun KL East Mall Mobile App di App Store, Play Store atau Huawei AppGallery, lepas tu boleh la mula claim baucar digital dan tahu promo terkini!

Untuk maklumat lanjut mengenai KL East Mall, boleh lawati website mereka di SINI. Apa tunggu lagi, shoppers?

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas