Connect with us

Oh! Media

[VIDEO] Bikin Hiba, Atlet Olimpik Khas Negara Terima Sorakan Luar Biasa Daripada Rakyat Malaysia!

U Mobile

Branded

[VIDEO] Bikin Hiba, Atlet Olimpik Khas Negara Terima Sorakan Luar Biasa Daripada Rakyat Malaysia!

Buat pertama kali atlet negara di bawah kendalian Special Olympics Malaysia (SOM)  menerima ganjaran bernilai RM95,500 menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM). Wow, tahniah skuad Malaysia!

Ini merupakan insentif kejayaan mereka merangkul 4 pingat emas, 5 pingat perak dan 9 pingat gangsa di Sukan Olimpik Khas Dunia  yang berlangsung di Berlin, Jerman pada 17 hingga 25 Jun yang lalu. Paling penting, ini merupakan pencapaian terbaik Malaysia tau! 

Dengan pencapaian yang luar biasa ini, Atlet Olimpik Khas Negara selayaknya diberikan sokongan yang lebih padu kerana mereka bukan saja bertaruh demi negara, malah  mengharumkan nama Malaysia di persada dunia! 

Bangkit Bersama, Sorakan #UnbeatableTogether Beri Semangat Luar Biasa Kepada Atlet Khas Negara!

Untuk pengetahuan, kebanyakan atlet yang menyertai Sukan Olimpik Khas Dunia ini  mempunyai masalah spektrum autisme di mana mereka merupakan individu yang mempunyai deria yang sangat sensitif. 

Korang bayangkan, kalau terkena cahaya terang atau bunyi yang kuat boleh mengganggu deria dan akan buatkan mereka tantrum. Macam mana pula atlet istimewa ni nak tahu yang rakyat Malaysia bersatu hari memberikan sorakan di belakang mereka?   

Kali ni kami sendiri pun kagum, bagaimana kuasa teknologi diaplikasikan bagi menghargai jasa dan sumbangan atlet negara di Sukan Olimpik Khas Dunia dengan cara yang sangat istimewa. 

Dengan kehebatan teknologi 5G, U Mobile mengambil kesempatan untuk menyiarkan sokongan secara langsung di stadium oleh para sukarelawan yang bersorak untuk atlet Olimpik Khas Negara menerusi semangat menjadi #UnbeatableTogether. 

Alternatif ini memberi peluang kepada atlet istimewa untuk merasai sorakan dalam persekitaran yang lebih terkawal dari segi pencahayaan, bunyi, suhu serta keadaan sekeliling, dalam masa yang sama tak menjejaskan pengalaman mereka dalam menerima cinta daripada rakyat Malaysia. Awww….

Lebih terharu, video di atas memaparkan kesemua atlet nampak sangat  gembira. Korang boleh tengok bila ekspresi wajah mereka mula berubah melihat sokongan rakyat Malaysia menerusi paparan skrin. Kami yang tonton pun sebak juga! 

Tak dilupakan, kesemua usaha ini berjaya dilaksanakan dengan kuasa teknologi 5G yang dapat menghubungkan rakyat Malaysia serta mematahkan mitos bahawa teknologi memecah belahkan manusia. 

Usaha ini menjadi satu bukti kukuh bahawa dengan teknologi, tak kira tempat dan masa, ia dapat menyatukan serta memberikan kasih sayang kepada manusia antara satu sama lain! 

Jadi, jom teruskan tunjuk sokongan yang lebih padu kepada Pasukan Olimpik Khas Malaysia yang mempamerkan semangat #Unbeatable! 

Alang-alang tengah bercerita tentang atlet Olimpik Khas Negara, kami juga ingin mengajak korang semua untuk menghayati 3 video kapsul atlet iaitu Khairul, Agnes dan Yong Jan. 

Sinar dan harapan wujud hasil daripada kepercayaan yang tinggi menerusi orang di sekeliling. Apabila ramai orang melihat Khairul mempunyai kemampuan dan minat yang mendalam dalam sukan boling sejak kecil, mereka memberi galakkan untuk terus bangkit!

Walaupun dilahirkan dengan Shwachman-Diamond Syndrome (SDS), ia tidak menjadi penghalang buat Agnes untuk terus bangkit dan berlawan sehingga menjadi seorang pemain pingpong yang berjaya pada hari ini!

Tiada yang mustahil jika diberi sokongan dan dorongan yang kuat, itulah yang bantu membuatkan Yong Jan mampu untuk berdiri di mana di berada sekarang ini!

Untuk maklumat lanjut tentang #MYUnbeatableTeam, layari laman web rasmi U Mobile atau tonton di YouTube rasmi U Mobile. Serta, kalau korang berminat untuk ketahui lebih lanjut tentang atlet-atlet Olimpik Khas Negara, korang boleh tengok di Playlist YouTube U Mobile.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas