Connect with us

Oh! Media

Tiada Lagi Tema Balik Kampung! Sunway Tampil Dengan Iklan Raya Khas Buat Petugas Barisan Hadapan

Branded

Tiada Lagi Tema Balik Kampung! Sunway Tampil Dengan Iklan Raya Khas Buat Petugas Barisan Hadapan

Semangat menghasilkan iklan Hari Raya tahun ini nampaknya tetap diteruskan walaupun kita sekali lagi terpaksa sambut perayaan dalam pandemik Covid-19. 

Tapi menariknya, tema yang dibawakan tahun ini lebih sesuai dengan apa yang kita lalui saat ini dan tak ada lagi tema ‘Jom Balik Kampung’! Iklan Hari Raya Sunway 2021 turut menggunakan tema ini dengan menunjukkan kisah pengorbanan pasukan barisan hadapan dengan tajuk ‘Misi Seiring Bersama’

Sunway turut mengajak kita berfikir sejenak perasaan petugas barisan hadapan ketika ini yang juga manusia biasa dan terpaksa melupakan sambutan hari raya kerana perlu berkorban masa dan tenaga demi berkhidmat untuk negara. 

Saksikan video penuh di bawah:

Tabah betul hati Suraya kan? Nasib baik ada kawan-kawan macam Bella, Hema, Boon dengan Nick yang sentiasa ada masa diperlukan. Bila berjauhan dengan keluarga, kawan-kawanlah jadi pembakar semangat kita. Apapun, pakcik yang kena suntik vaksin tu memang terbaik! Haha…

Pasti ada banyak lagi kisah suka duka petugas barisan hadapan yang kita tidak tahu. Tugas kita? Kita hanya perlu patuh segala SOP yang telah ditetapkan pihak kerajaan dan jangan sekali-kali ambil mudah dengan apa yang berlaku.

Kami tahu ramai yang kecewa sebab tak dapat pulang ke kampung, tapi ini semua semata-mata demi kebaikan kita. Mari kita lalui cabaran ini bersama-sama. #KitaJagaKita

Untuk info lanjut, sila layari sunway.my/Raya2021OhMedia

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas