Connect with us

Oh! Media

Tak Tahu Nak Bawa Apa Untuk Travel? Jom Kami Senaraikan 5 Barang WAJIB Untuk Dibawa!

Vochelle

Branded

Tak Tahu Nak Bawa Apa Untuk Travel? Jom Kami Senaraikan 5 Barang WAJIB Untuk Dibawa!

Tengah musim cuti sekolah ni, CONFIRM korang dah ada plan untuk bawa keluarga pergi bercuti bersama-sama kan? Lagi pun, ini je lah masa yang ada untuk kita luangkan bersama tersayang sebelum kembali sibuk bekerja.

Haa, korang dah prepare ke barang-barang untuk bercuti? Kalau belum, baik buat sekarang sebab kalau boleh kita tak naklah percutian kita jadi tak best sebab ada satu dua barang yang tak cukup. Jangan sudah terhantuk, baru tergadah~

Kalau korang pening kepala tak tahu nak bawa apa, jangan risau, kami dah sediakan list barangan keperluan yang WAJIB dibawa untuk bercuti!

1. Peralatan Mandian & Produk Penjagaan Kulit

Antara barangan penting yang perlu dibawa apabila korang bercuti adalah peralatan mandian dan produk penjagaan kulit. Aik, kenapa nak kena bawa, hotel atau airbnb kan dah provide?

Walaupun mereka dah provide, tak semestinya produk yang disediakan adalah sesuai dengan kulit korang serta kualiti yang disediakan tak sama dengan kualiti produk mandian yang dibawa sendiri betul tak? 

Tapi, korang tak perlulah bawa dalam jumlah yang banyak, hanya sekadar keperluan untuk bercuti saja. Barulah ringan beg korang!

Selain itu, produk penjagaan kulit pun penting tau seperti pelembap kulit, sunscreen, pelembap bibir dan macam-macam lagi untuk memastikan kulit korang sentiasa dalam keadaan baik walaupun terdedah dengan cuaca yang tak menentu. 

2. Pakaian Yang Bersesuaian

Bila bercuti ni, confirm kita akan bawa pakaian yang lawa-lawa supaya kita dapat tangkap banyak gambar yang bukan saja untuk kenangan, malah untuk dimuat naik ke media sosial betul tak? 

Haa, sebelum korang sumbat beg dengan outfit yang ingin dipakai, pastikan korang pilih pakaian bersesuaian dengan tempat yang dituju sebab korang kena utamakan keselesaan diri tau. Tak kanlah disebabkan nak gambar yang lawa, korang sanggup berpeluh lencun betul tak?

Paling penting, bawa pakaian yang mencukupi bergantung pada tempoh percutian korang ya! Jangan recycle outfit yang sama, takut orang sekeliling lari je tak tahan dengan bau~

3. Barangan Elektronik

Kalau dah bercuti, tak sah kalau tak buat Instagram Story dan rakam banyak video sebagai kenangan sampailah bateri telefon korang habis betul tak? 

Jadi, pastikan korang bawa barangan elektronik seperti charger, airpod, kabel USB, powerbank, dan kamera tau! Kalau tak, menangislah nanti tak ada back up kalau bateri habis!

Nak mudah, letakkan semua barangan elektronik ini dalam satu beg khas supaya senang untuk dicari dan diambil!

4. Ubat-Ubatan

Bak kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan. Walaupun korang pergi bercuti dalam keadaan sihat, tak semestinya korang tak perlu buat persediaan betul tak? 

Sepanjang bercuti ni, macam-macam perkara boleh berlaku tau. Jadi, pastikan korang bawa saja ubat-ubatan asas seperti paracetamol, ubat cirit-birit serta minyak angin. 

5. Gula-gula & Kudap-kudapan

Haa, yang terakhir ni paling penting ya lagi-lagi kalau destinasi percutian itu jauh! Pastikan korang bawa gula-gula atau kudap-kudapan yang bersesuaian untuk perjalanan jauh. 

Bukan apa, selain daripada untuk mengelakkan pemandu daripada mengantuk, gula-gula dan kudap-kudapan ini juga dapat dijadikan sebagai alas perut sebelum tiba ke destinasi percutian. 

Antara makanan korang WAJIB bawa yang CONFIRM semua orang suka adalah gula-gula, kerepek dan coklat! Air jangan lupa tau! 

Tampil Lebih Bergaya, Vochelle Hadir Dengan Pembungkusan Baru!

Haa, lepas ni korang tak perlu pening kepala fikir nak bawa apa, ikut saja list barangan keperluan asas yang kami senaraikan ni. Lagi-lagi yang terakhir tu sebab ia bukan saja sebagai alas perut, malah ia dapat memberikan sedikit tenaga untuk kita kekal aktif. 

Alang-alang tu, kalau korang tak tahu nak bawa kudap-kudapan apa, kami cadangkan korang bawa saja coklat Vochelle! Confirm semua orang berebut nak makan! 

Hadir dengan 3 perisa iaitu Hazelnuts, Fruits & Nuts, dan Almonds, tak dinafikan Vochelle adalah pilihan yang sangat tepat untuk dijadikan sebagai snek ketika bercuti!

Menariknya, Vochelle ni sangat convenient untuk dibawa ke mana saja sebab ia hadir dalam bentuk paket tau! Tapi, kalau dah semua orang berebut nak makan Vochelle dalam kereta, why not bawa satu balang terus betul tak?

Untuk pengetahuan, Vochelle tampil dengan pembungkusan baru yang lebih menarik dan bergaya! Fuhh, mantaplah! 

Jadi, korang tunggu apa lagi, cepat rebut coklat Vochelle sekarang sebelum habis! 
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Vochelle atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas