Connect with us

Oh! Media

Tak Sangka Rupanya Boleh Buat Duit Dengan Barang Ada Dekat Rumah Je

Branded

Tak Sangka Rupanya Boleh Buat Duit Dengan Barang Ada Dekat Rumah Je

Dengan kesedaran untuk menjaga alam yang lebih baik, semakin ramai yang mengambil inisiatif untuk mengitar semula barangan terpakai. Sambil-sambil tu, boleh dapat duit juga, tak banyak, tapi boleh la tampung mana yang patut kan?

Kalau dulu kita hanya jual surat khabar lama, botol, barang plastik kepada uncle naik lori yang selalu lalu-lalang di kawasan perumahan atau kampung-kampung dengan speaker mencari penjual. Kini lebih ramai orang persendirian mengambil langkah membawa barangan terpakai boleh dikitar semula ke pusat kitar semula berhampiran kawasan masing-masing.

Antaranya, untuk penduduk Lembah Klang, ada Alam Flora yang menjalankan program 3R On Wheels. Rupanya banyak juga barang yang diterima untuk dikitar semula selain barang-barang biasa yang selalu kita dengar.

  1. Surat khabar 
  2. Majalah
  3. Kertas hitam putih 
  4. Kotak 
  5. Kertas campur 
  6. Aluminium 
  7. Tin 
  8. Plastik 
  9. Tetrapak 
  10. Sisa minyak masak
  11. CPU 
  12. Monitor 
  13. Notebook 
  14. Server 
  15. Televisyen

Selain tu, sekarang makin banyak pihak swasta yang sedia menerima barang untuk dikitar semula di seluruh negara. Semestinya kena buat penelitian terlebih dahulu, confirm kat mana-mana pun ada je.

Selain barang-barang di atas, ada satu lagi barang yang boleh dikitar semula tapi jarang diambil kisah iaitu katrij. Rugilah kalau buang macam tu je, atau terbiar di rumah atau pejabat tanpa dikitar semula. Bayangkan untuk setiap katrij kosong, setiap satu boleh dijual sehingga RM26 seunit!

Semua model katrij model HP dan Canon diterima tau! Korang boleh nikmati kos penghantaran percuma seluruh Malaysia di mana pihak HP/Canon Empty Cartridge Recycling akan membayar tunai selepas katrij selamat sampai pada mereka.

Leceh nak pos? Mereka juga tawarkan khidmat mengambil katrij di rumah korang tanpa caj. Pembayaran ketika penghantaran (COD) juga disediakan untuk penduduk sekitar Lembah Klang. Yang penting tak ada jumlah minimum katrij boleh dikitar semula, satu unit pun mereka terima!

Bukan itu sahaja mereka juga adakan cabutan bertuah untuk memenangi RM50 setiap bulan. Korang jual je katrij kosong, terus layak untuk join cabutan bertuah ini. Best kan? Dah la jual dapat duit, mana tau ada rezeki lebih menang lagi! Sempena Syawal yang akan menjelang, mereka juga akan mengedarkan paket Hari Raya untuk korang yang menjual katrij kepada mereka.

Untuk info lanjut, boleh follow Facebook HP/Canon Empty Cartridge Recycling atau terus Whatsapp mereka di SINI. Jom kitar semula dan selamatkan alam sekitar sambil buat duit sekarang!

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas