Connect with us

Oh! Media

Tak Nak Kalah, Ini Info Menarik Jenama Smartphone Kolaborasi Dengan Leica, Hasselblad & ZEISS

Branded

Tak Nak Kalah, Ini Info Menarik Jenama Smartphone Kolaborasi Dengan Leica, Hasselblad & ZEISS

Hari ini, smartphone bukan sekadar peranti untuk berhubung antara satu sama lain. Pelbagai fungsi ditambah hari demi hari dan fungsi paling dipertingkatkan adalah kamera. Untuk itu, pengeluar smartphone bekerjasama dengan pengeluar kamera dan lensa untuk menghasilkan teknologi terbaik bagi peminat mereka.

Antara jenama lensa yang pernah terlibat dengan penghasilan smartphone sebelum ini adalah Leica, Hasselblad, dan tidak ketinggalan ZEISS. Jom kita teliti hasil kerjasama jenama-jenama terkemuka yang pernah berada di pasaran sebelum ini.

Pada 2014, satu jenama smartphone tercari-cari cara untuk meningkatkan kualiti kamera mereka sebelum Leica meluahkan hasrat untuk meneroka bidang baru. Hasil usahasama itu akhirnya mula dilancarkan pada 2016. Menariknya, kalau sebelum ni Leica menggunakan lensa dari kaca, untuk keluaran dengan smartphone berkenaan, mereka menggunakan plastik.

Awal Mac lalu pula, satu lagi pengeluar smartphone mengesahkan kolaborasinya dengan satu lagi jenama lensa, Hasselblad dengan nilai pelaburan USD 150 million! Semuanya dilaburkan demi penghasilan smartphone dengan kualiti kamera yang mampu menyaingi produk sedia ada sekarang.

ZEISS & vivo berkolaborasi

Tapi yang paling mengujakan tahun ni mestilah berita kerjasama ZEISS dan vivo menghasilkan inovasi teknologi kamera smartphone paling ditunggu-tunggu. Mana taknya, banyak dah filem yang menang Oscar dihasilkan dengan kamera berlensa ZEISS. Bayangkan bagaimana hasil lensa ZEISS pada smartphone vivo, boleh tak korang bayangkan?

Kerjasama ini akan meningkatkan pengalaman fotografi mobile pengguna selain mengangkat tahap seni pengguna ke satu tahap lebih tinggi. Mesti ramai peminat ZEISS dan vivo excited dengan pelancaran pada 22 Mac lalu kan?

Memperkenalkan Siri vivo X60

Dilengkapi Penstabilan Gimbal 2.0 

Siri vivo X60 ini dilengkapi dengan aperture dan teknologi Penstabilan Gimbal 2.0 untuk pengalaman fotografi & videografi lebih stabil. Dengan aperture IMX598 sensor kamera utama boleh mencapai f/1.48, nak shooting pada waktu malam atau sukan lasak pun tak jadi masalah!

VIS 5-Axis Penstabilan Video memastikan tidak ada lagi gambar bergegar dan kabur. Sayanglah bila momen indah tak dapat diabadikan sebab tu kan? Hidup kita dikelilingi subjek seni, terpulanglah mata yang melihatnya. Sebab tulah Siri vivo X60 ada Pixel Shift Ultra HD Imaging  yang memastikan setiap pixel jelas dan nyata untuk mengambil gambar bangunan, landskap dan persekitaran.

Extreme Night Vision 2.0

Cahaya yang kurang di waktu malam memang bermasalah bila nak ambil gambar. Jangan risau dah, sebabnya Siri X60 dinaiktaraf dengan Extreme Night Vision 2.0. Kecerdasan buatan (AI) vivo akan mengurangkan jumlah noise dalam dalam situasi terlampau gelap untuk shot menarik tanpa mengira masa atau kawasan sekeliling.

Qualcomm® Snapdragon™ 870

Siri ini juga dikuasakan dengan prosesor  870 yang menjadikan prestasi CPU dan GPU meningkat 10%. Mode duo 5G memastikan korang kekal terhubung dengan sambungan 5G seharian.

ZEISS Biotar Portrait Style

Lensa Biotar efek kini boleh didapati pada Siri X60 ini melibatkan teknologi penghasilan bokeh dan putaran titik kabur diagihkan. Barulah cantik bila bergambar ada efek blur, silap-silap macam jurugambar profesional!

7 Night Filter Styles 

Bagi korang yang sukakan warna yang berbeza lain dari yang lain ketika mengambil gambar di waktu malam, Siri X60 juga mempunyai 7 filter untuk dicuba dan dieksperimentasi bagi hasil terbaik.

Black and Golden

Blue Ice

Green Orange

Cyberpunk

Dark Red

Blue Orange

Silver Orange

Siri X60 ini sudah dilancarkan di Malaysia pada 22 Mac 2021. Boleh mula buat pra-pesan di E-store, Lazada, dan Shopee. Kalau korang nak tahu lebih lanjut mengenai model ni dan update mengenai model terbaru, follow Facebook vivo sekarang!

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas