Connect with us

Oh! Media

Tak Layak Ke Mereka Disayangi? Bagaimana Kita Boleh Bantu Si Bulus Jalani Hidup Lebih Baik?

Branded

Tak Layak Ke Mereka Disayangi? Bagaimana Kita Boleh Bantu Si Bulus Jalani Hidup Lebih Baik?

Di media sosial, kita selalu nampak pos haiwan jalanan yang terbiar dan menderita mungkin sebab penyakit, kena langgar ataupun akibat khianat. Tengok pun kesian, ada yang berkudis, berkurap, patah, luka dan bermacam lagilah. 

Bila dah ramai kongsi pos tu, ramai juga yang sudi membela kucing terbiar untuk memberikan persekitaran lebih baik untuk anak bulus itu. Tahu tak, sekarang korang boleh adopt kucing terbiar ni lebih senang, siap dapat starter kit daripada Royal Canin Malaysia, macam baru dapat baby!

Makin banyak kucing terbiar di sekeliling kita

¬

Ya, memang ramai pencinta kucing di luar sana, tapi kucing terbiar memang akan sentiasa ada je di mana-mana. Tambah-tambah lagi, ada yang sanggup membuang kucing yang mereka tak mahu di pasar-pasar, kedai makan dan sebagainya. 

Kebanyakan kucing-kucing ni tidak dimandulkan atau menerima suntikan vaksin. Akhirnya, pembiakan mereka tidak terkawal, populasi anak-anak bulus ni semakin bertambah. Makin lama makin banyak, tanpa ada yang menjaga atau memberikan perhatian untuk mereka.

Feline coronavirus tak jangkiti manusia

Pernah viral jugak kononnya kucing boleh menyebarkan coronavirus di luar negara, sebab berita macam ni, ada tuan kucing yang membuang kucing masing-masing. Semuanya sebab takut punya pasal. 

Sebenarnya jangkitan feline coronavirus hanya menjangkiti sesama kucing. Ini hanya boleh berlaku menerusi kontak dengan najis yang dijangkiti. Ini boleh terjadi apabila mereka membersihkan diri antara satu sama lain, berkongsi bekas najis, bekas makanan atau alatan grooming. Jadi, memang tak akan berjangkit pada manusia tau guys!

Jadi jangan risau guys kalau ada niat nak bela anak bulus, atau nak tambah ‘ahli keluarga’ baru, boleh. Mitos je semua tu. Tahu tak sekarang, Royal Canin Malaysia dan petfinder.my, portal kebajikan haiwan terbesar Malaysia ada benda nak diberi kepada mereka yang ambil anak-anak bulus terbiar ni.

Starter Pack dari Royal Canin Malaysia dan PetFinder ini bertujuan membantu mereka yang baru membela haiwan peliharaan untuk memulakan hidup baru. Ada mangkuk makanan, cawan ukur makanan, baucar diskaun Royal Canin di Shopee, buku panduan dan satu pek Royal Canin untuk si comel masing-masing. Nak tahu syarat dan peraturan mengenai kempen ini, semuanya ada di SINI.Untuk info lanjut mengenai produk Royal Canin, boleh lawati website rasmi mereka di SINI. Jangan lupa follow Facebook Royal Canin Malaysia dan Instagram @royalcaninmalaysia untuk update terkini.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas