Connect with us

Oh! Media

Stop Seksa Kulit Dari Exfoliate Berlebihan! Gunalah Pencuci Muka Enzim Terbaru Dari Melano CC

Branded

Stop Seksa Kulit Dari Exfoliate Berlebihan! Gunalah Pencuci Muka Enzim Terbaru Dari Melano CC

Nak Kulit Cerah Guna Produk Vitamin C Je!

Setiap kali sebut tentang bahan pemutih, mesti vitamin C tak lekang dari sebutan setiap orang kan?Vitamin C atau lebih dikenali sebagai asid askorbik merupakan sejenis vitamin larut air  yang kaya dengan kandungan nutrisi semula jadi dan sesuai untuk digunakan setiap hari. 

Tapi, korang tau tak, sebenarnya tak semua produk memiliki jumlah vitamin C yang cukup untuk memperbaiki setiap lapisan kulit  dan mampu meresap jauh ke dalam kulit. 

Jangan bimbang, kali ni kami nak kongsikan dengan korang tentang satu produk Vitamin C yang selamat, mudah didapati dan paling penting selamat untuk semua jenis kulit.

Melano CC Vit C Brightening Enzyme Wash, Pencuci Muka Enzim Jenis Tiub Pertama Di Malaysia 

Bercakap soal kebersihan pada kulit muka pula, korang pernah terbayang tak berapa banyak kekotoran yang melekap pada kulit muka kita setiap hari? Err, memang banyak! Lagi frust, bila kekotoran tu tak dapat dilihat dengan mata kasar.. Fuh! Geramnya! Sebab itu lah pentingnya mencuci muka setiap hari untuk pastikan kulit sentiasa bersih, lembut dan cerah!

Jenama pemutih esen No. 1 di Jepun, Melano CC telah memperkenalkan Vitamin C Brightening Enzyme Face Wash, penyelesaian yang berkesan untuk membersihkan liang pori sambil mengekalkan kelembapan semula jadi kulit. Ia adalah pencuci muka enzim jenis tiub pertama yang dihasilkan untuk membantu mengekalkan kulit licin berseri. Dengan campuran Vitamin C dan enzim protease, pencuci wajah ini mengurangkan bintik hitam, dan sel kulit mati dengan lembut serta menanggalkan kekotoran untuk menghidupkan semula kulit kusam. Pencuci berkrim ini kaya dengan buih untuk membuka pori-pori yang tersumbat dan menjadikan kulit licin dan bersih.

Enzim adalah bahan pengelupasan berkesan yang membantu memecahkan protein keratin di dalam lapisan paling atas kulit untuk membuang sel-sel kulit mati dengan lembut menghasilkan kulit kelihatan licin dan sihat. Ia juga boleh membantu dalam mengurangkan jeragat dan pigmentasi.

Manfaat Yang Lebih Dari Serbuk Pencuci Muka Enzim Biasa

Korang perasan tak, kebanyakkan pencuci muka dengan kandungan enzim  mesti dijual dalam jenis serbuk dan terpaksa dibancuh dahulu sebelum digunakan. Kalau nak dapatkan buih yang banyak kena kacau campuran tersebut lebih lama dan akhirnya menjadi cair. Leceh betul! 

Belum sebut tentang harga bagi setiap produk enzim lagi! Pasti mencecah puluhan ringgit ke atas. Tambah pula, pencuci muka enzim jenis serbuk ini jarang dikeluarkan oleh jenama tempatan kerana kosnya yang agak tinggi.

Nasib baik ada pencuci muka dari Melano CC ini! Melano CC Vit C Brightening Enzyme Wash diperkaya dengan buih yang sangat lembut dan padat dengan wangian sebenar daripada buah Yuzu. Sangat sesuai untuk semua jenis kulit. Produk ini juga boleh digunakan sebagai pencuci muka harian korang tau! Harga pun jauh lebih murah!

Kandungan Bahan Dalam Produk Yang Tidak Merengsakan Kulit

Bila nak cari sesuatu produk untuk kulit muka ni, mesti lah kena ambil tahu kandungan serta bahan dalam produk yang nak dibeli, betul tak? Produk Melano CC Vit C Brightening Enzyme Wash ni menggunakan bahan yang bernutrisi tinggi serta mampu membuang segala kekotoran hingga ke lapisan terakhir kulit. 

Bahan utama di dalam produk ini adalah Enzim yang berfungsi menjadi exfoliate untuk menghakis sel kulit mati pada wajah. Bahan yang kedua pula ialah kaolin clay yang membantu untuk meresap lebihan minyak, habuk dan kekotoran dari liang pori. Tambah pula, kandungan vitamin C 100% asli membantu untuk mengekalkan kelembapan kulit dan bekas jerawat pada kulit wajah.

Amalkan Rutin Penjagaan Wajah Dengan Rangkaian Produk Melano CC, Barulah Cun!

Orang kata pencuci muka ni adalah asas pada penjagaan kulit wajah, betul tak? Tapi bagi min kalau nak dapat hasil yang wow dan kekal lama, kena lah cuba rangkaian produk dari Melano CC ni! Tak perlu risau tentang bahan yang digunakan, memang confirm selamat dan puas hati!  Jom, min share!

Langkah 1: Picit sedikit pencuci wajah Melano CC Vit C Brightening Enzyme Wash pada telapak tangan dalam amaun sederhana/ yang diperlukan. Buihkan pencuci muka tersebut dan cuci wajah korang. Kemudian, bilas dengan air yang bersih.

Langkah 2: Setelah keringkan wajah, bersihkan kotoran halus pada wajah dengan Melano CC Vitamin C Brightening Lotion (Moist) atau (Light). Titiskan losen dalam amaun yang mencukupi dan sapu merata sehingga meresap ke seluruh wajah.

Langkah 3: Gunakan Melano CC Vitamin C Brightening Premium Essence sebagai penjagaan tambahan pada wajah. Tuangkan 4-5 titis essence pada tapak tangan anda dan sapu dengan lembut.

Rutin di atas sangat membantu dalam melawan bintik hitam, mencerahkan bekas jerawat, mengecilkan pori, tona kulit yang sekata dan mengekalkan kulit yang lembap dan hidrasi.  Bila wajah dah bersih, kulit pun rasa ringan, cerah dan lembut macam kulit bayi!

Jom Cantik Bersama Dengan Rangkaian Produk Melano CC, Run Bestie! 

Jadi, tunggu apa lagi! Takkan nak tengok orang lain je muka berseri tahun baru ni? Korang pun kena la usaha untuk dapatkan kulit yang diidamkan. Tak perlu membazir duit ratusan ringgit. Follow je rutin penjagaan dengan produk Melano CC ni, confirm lawa!

Dapatkan Melano CC Vit C Brightening Enzyme Wash dan rangkaian produk Melano CC yang lain di seluruh cawangan Watsons dan kedai e-dagang Watsons sekarang! Untuk maklumat lanjut layari laman web rasmi Melano CC.

Jangan lupa juga untuk ikuti Melano CC di Instagram dan Facebook.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas