Connect with us

Oh! Media

Senyum Dengan Keju Boleh Menang RM100,000? Macam Mana Tu?

Branded

Senyum Dengan Keju Boleh Menang RM100,000? Macam Mana Tu?

Siapa yang tidak kenal atau biasa mendengar jenama Anchor yang sinonim dengan mentega, krim keju dan pelbagai produk tenusu lain bukan? Produk jenama ini bukan sahaja mudah didapati, malahan akan menghasilkan produk yang enak setanding kafe ternama apabila digunakan.

Ada berita baik untuk peminat jenama ini kerana Anchor Food Professionals mahu menawarkan hadiah sehingga RM100,000! Macam mana nak menang hadiah lumayan tu? Semuanya dengan menyertai Peraduan Anchor Legendairy bertemakan ‘Senyum Dengan Keju’ bermula 1 Oktober hingga 31 Disember ini.

Kenapa Anchor bermurah hati sampai nak bagi hadiah sebanyak itu untuk pemenang? Semuanya untuk menyebarkan kebaikan dan manfaat keju New Zealand dengan membawa kegembiraan kepada pengguna terutamanya ketika masing-masing berdepan dengan Covid-19 ketika ini.

Tak perlu lagi sedih-sedih dan terlalu murung memikirkan masalah lagi, berikan diri anda sebab untuk senyum hari ini dengan kebaikan dan kelazatan keju! Dengan Peraduan Legendairy Anchor ini, anda boleh rebut peluang untuk memenangi cabutan bertuah dengan hadiah lumayan.

Hadiah utama adalah percutian mewah 3 hari 2 malam di sebuah resort di Langkawi untuk dua (2) orang termasuk tiket penerbangan! Siapa tak nak kan? Bukan selalu nak merasa pengalaman bercuti sebegini. Ada juga sembilan (9) hadiah sagu hati penginapan 3 hari 2 malam di sebuah hotel warisan serta cabutan mingguan alat elektronik untuk dimenangi.

Anda juga dijamin mendapat hadiah eksklusif daripada www.smilewithanchor.com apabila membuat pembelian makanan yang menggunakan keju Anchor dari restoran dan bakeri yang mengambil bahagian. Semua pelanggan yang makan di restoran, dipek ataupun melalui pesanan penghantaran dari restoran-restoran yang mengambil bahagian juga boleh menyertai peraduan ini. Senangnya nak join!

Peminat-peminat pun nampaknya mula menyerbu bakery yang menjual produk berasaskan produk Anchor ini seluruh Malaysia. Mana taknya, makanan sedap, peluang menang hadiah pun ada lagi. Tak salah mencuba kan?

Untuk menyertai peraduan ini, anda hanya perlu mengambil gambar bukti pembelian dan muat naik ke laman web yang tertera untuk turut serta! ‘Like’ dan ‘Follow’ Anchor Food Professionals di Facebook AnchorFoodProfessionalsMY dan Instagram @anchorfp.my untuk maklumat lanjut tentang peraduan. Jom apa tunggu lagi guys?

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas