Connect with us

Oh! Media

Selera Kita Dalam 1 Menu, Lihat Bagaimana Makanan Satukan Rakyat Malaysia

Kam Heong Cover 2 Om Rs New

Branded

Selera Kita Dalam 1 Menu, Lihat Bagaimana Makanan Satukan Rakyat Malaysia

Malaysia terkenal sebagai syurga makanan. Aneka hidangan makanan memenuhi selera pelbagai bangsa boleh didapati hampir di semua tempat di negara ini.

Membesar dalam masyarakat yang berbilang bangsa, kita sudah terbiasa dengan hidangan dari pelbagai latar belakang budaya. Dari situlah menu masakan yang biasa didapati di restoran seluruh negara, Kam Heong diciptakan.

Kam Heong adalah cara masakan unik yang menggabungkan bahan-bahan dari Malaysia yang setiap satunya kaya dengan warisan budaya masing-masing. 

Bahan-bahan yang biasa didapati di dapur rakyat negara ini seperti bawang merah, bawang putih,cili, udang kering, daun kari, dan serai diadun mengikut citarasa tempatan. Bahan-bahan ini apabila digabungkan menjadi rempah dan ditambah pula dengan keharuman daun kari, menaikkan tahap masakan ini ke tahap teratas! Akhirnya, terhasillah hidangan mengecurkan air liur yang tidak mampu ditolak sesiapa pun.

Uniknya Malaysia, sekarang Kam Heong boleh didapati dalam versi burger apabila McDonald’s memperkenalkan menu baru mereka Burger Ikan Kam Heong Pedas dan Burger Ayam Kam Heong Pedas.

Spicykamheong chicken bm rs

Burger Kam Heong Pedas disajikan dengan sos rempah aromatik yang menjadi kunci keenakan menu baru ini. Patty ayam dan ikan digoreng sehingga perang keemasan, rangup di luar, kekal juicy didalam.

Spicykamheong fish bm rs

Tidak ketinggalan hirisan bawang dan cili diapit pula dengan dua bun gebu untuk menjadikannya Burger Kam Heong Pedas yang enak. Menu ini lagi best sebab dihidangkan dengan minuman Orange McFizz yang sejuk, menyegarkan dan fizzy. Layan habis!

Menu ini hanya didapati untuk waktu terhad bermula 23 Jun di restoran McDonald’s berhampiran korang. Pesan McDelivery atau Pesan dan ambil melalui app sekarang, senang!

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Muhamad Faris
Faris merupakan penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media, yang mengkhususkan dalam menghasilkan artikel-artikel berkaitan pemasaran. Dengan tumpuan penuh pada strategi dan tren terkini, Faris memastikan setiap kandungan memberikan nilai tambah kepada pembaca dan rakan industri.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas