Connect with us

Oh! Media

Sebut Elektrik Semua Tahu TNB, Ni Inisiatif TNB Bantu Golongan Terjejas Sepanjang Pandemik

Branded

Sebut Elektrik Semua Tahu TNB, Ni Inisiatif TNB Bantu Golongan Terjejas Sepanjang Pandemik

Bercakap tentang Tenaga Nasional Berhad (TNB) kita takkan lari daripada membincangkan isu elektrik. Tapi kali ni daripada berbicara tentang isu ni, kami nak tanya adakah korang tau inisiatif yang dilaksanakan oleh TNB sepanjang negara kita dilanda pandemik COVID 19?

Bukan sedikit nilai yang dikeluarkan TNB tau, kerana ia merangkumi aspek kewangan, peralatan, diskaun, rebat dan juga tenaga kerja.

Inisiatif TNB sepanjang pandemik Covid 19

1. Bantuan kepada golongan sasar

• Syarikat milik kerajaan (GLC) pertama memberi sumbangan RM10 juta kepada Kementerian Kesihatan (KKM) membeli keperluan termasuk apron, penutup kepala dan pelitup muka dari China sebagai menyahut inisiatif ‘Gabungan Bertindak Korporat Malaysia Menentang Covid-19’.

• RM17.5 juta disumbangkan kepada kerajaan-kerajaan negeri di Semenanjung Malaysia untuk mengekang penularan Covid-19, termasuk menyampaikan bantuan 10 unit mesin ventilator (alat bantuan pernafasan) kepada hospital di Melaka, Perak, Johor, Pahang dan Negeri Sembilan bagi merawat pesakit Covid-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU).

• Kakitangan TNB di 13 negeri termasuk 15 stesen mengagihkan sejumlah RM4.325 wang wakalah zakat dalam bentuk makanan keperluan dan wang saku kepada lebih 21,000 fakir miskin, warga emas, orang kurang upaya (OKU), anak yatim serta golongan B40 yang hilang punca pendapatan sepanjang bulan Ramadan.

• Meneruskan bantuan perumahan golongan B40 dan asnaf melalui Projek Baiti Jannati (PBJ) dan Projek Mesra Rakyat (PMR) dengan nilai sumbangan RM50,000 setiap penerima.

• Pemberian biasiswa kepada 120 pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi.

• Dermasiswa MyBrighter Future (MyBF) kepada 2,500 pelajar daripada golongan berpendapatan terendah (B40) yang mengikuti pengajian ijazah pertama, diploma dan sijil

2.Memudah tugas barisan hadapan

• Membekalkan elektrik dan lampu di lebih 120 lokasi pos kawalan sementara di Semenanjung Malaysia bagi keselesaan barisan keselamatan menguatkuasakan pematuhan PKP.

• Memastikan bekalan elektrik ke hospital-hospital dan klinik kesihatan luar bandar terjamin dengan menempatkan 79 set janakuasa bergerak dengan pelbagai kapasiti.

• Sejumlah 425 set lagi disediakan sebagai bekalan sokongan mendesak.

3. Kurangkan beban rakyat

• Melaksanakan pemberian diskaun elektrik antara 15 hingga 50 peratus selama enam bulan bermula 1 April hingga 30 September 2020 kepada pengguna domestik di Semenanjung Malaysia, di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang diumumkan Kerajaan.

• Membiaya secara bersama Bantuan Prihatin Elektrik (BPE) iaitu penggunaan elektrik percuma sehingga RM77 sebulan.

• Penangguhan surcaj lewat bayar dan penangguhan pemotongan bekalan kepada 7.5 juta pelanggan domestik sepanjang Mac-Disember 2020.

• Kemudahan pembayaran bil secara ansuran sehingga Disember 2020.

• Lanjutan tiada pemotongan bekalan kepada pengguna domestik dengan tunggakan kurang daripada enam bulan sepanjang Januari-Mac 2021. Bayaran secara ansuran sehingga 30 Jun 2021.

4. Gabung tenaga beri bantuan

• Pelitawanis TNB mengumpulkan lebih RM1 juta sumbangan untuk diagihkan kepada golongan B40, rumah-rumah anak yatim, pusat penjagaan warga emas dan pelajar-pelajar yang terkandas di pusat pengajian tinggi.

• Sediakan kira-kira 20,400 helai apron kalis cecair sebagai peralatan pelindungan diri (PPE) untuk petugas barisan hadapan.

• TNB Research Sdn. Bhd. (TNBR) menghasilkan kotak aerosol mesra pengguna yang mampu mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 ketika proses intubasi.

TNB komited terus bantu bela nasib golongan yang memerlukan

Dalam kita tak sedar sudah setahun pandemik ini melanda negara ini. Pelbagai program dilaksanakan  TNB dalam skala kecil dan besar demi sama-sama membantu rakyat Malaysia meneruskan kelangsungan hidup.

Diharap lebih banyak syarikat akan menjadikan TNB sebagai contoh untuk sentiasa memberi kembali kepada masyarakat terutama ketika negara berada dalam keadaan sukar.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas