Connect with us

Oh! Media

Satu Rakan Perniagaan Untuk Semua Perniagaan Semasa Musim Puncak

Branded

Satu Rakan Perniagaan Untuk Semua Perniagaan Semasa Musim Puncak

Hujung dan awal tahun merupakan musim puncak untuk perniagaan-perniagaan dari pelbagai industri.  Ini adalah tempoh keemasan bagi perusahaan-perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk meningkatkan jualan dan memperbaiki keuntungan mereka yang terjejas akibat pandemik yang melanda sejak awal tahun 2020.

Tetapi, apabila pesanan dari pelanggan meningkat, sesetengah perniagaan menghadapi masalah kapasiti untuk menampung permintaan pelanggan. Kan rugi kalau tak dapat kaut keuntungan pada musim puncak ni hanya kerana tak mampu handle customer yang berduyun-duyun order dengan kita? 

Tapi jangan risau! Kini ada rakan perniagaan dengan kelebihan fizikal dan digital yang berpengalaman dan mempunyai track record memenuhi sehingga  23,000 pesanan penghantaran sehari. Kalau anda sedang mencari penyelesaian untuk meningkatkan kecekapan operasi perniagaan  sambil memenuhi pesanan-pesanan pelanggan yang semakin ligat semasa musim puncak ni, teruskan membaca!

Meningkatkan kecekapan perniagaan melalui platform dan rakan penghantar Lalamove

Salah satu perniagaan yang telah berjaya memanfaatkan Lalamove ialah Ezy Durian yang bertapak di Taman Industri Bolton, Batu Caves. Selain dari memiliki premis perniagaan, mereka juga membuat jualan secara online.

“Kami sangat berpuas hati dengan Lalamove. Semua driver dan rider Lalamove tidak pernah mengecewakan kami dengan perkhidmatan mereka yang pantas dan selalu on-time,” menurut Khairul Anuar Mohamadiah, Pengurus Ezy Durian.

Lalamove meningkatkan kecekapan penghantaran durian kepada pelanggan mereka terutamanya pada musim durian. Tidak menang tangan Ezy Durian dibuatnya apabila menghadapi permintaan yang semakin meningkat.

“Untuk mengelakkan keciciran pesanan semasa musim puncak, kami banyak bergantung kepada penghantaran berjadual Lalamove. Ciri ini penting untuk membolehkan kami menghantar durian kepada pelanggan-pelanggan kami mengikut kriteria masa dan lokasi mereka.

“Platform Lalamove menggabungkan kelebihan digital (aplikasi) dan juga fizikal (rakan-rakan penghantar) untuk memberikan pengalaman penghantaran on-demand yang mudah digunakan oleh kami dan pelanggan-pelanggan kami,” kata Khairul Anuar lagi.

Rakan penghantar Lalamove berada di mana-mana, jadi boleh hantar barang pada bila-bila masa, walaupun pada musim puncak!

Williem Ho, Pengarah Pembelian di Sri Ternak Food Mart juga mempunyai pengalaman yang positif dengan Lalamove. Menurutnya, Sri Ternak harus memenuhi sehingga 55 pesanan penghantaran dalam sehari semasa musim puncak.

“Kebiasaannya, pelanggan kami akan membuat pesanan secara pukal melalui Whatsapp.  Penghantaran yang pantas adalah penting untuk memastikan barang-barang terutamanya barangan basah yang mudah rosak dihantar kepada pelanggan dengan selamat,” kata Williem.

Sri Ternak menggunakan motosikal, kereta, van, lori dan trak 4×4 Lalamove untuk menghantar pelbagai jenis barangan dalam kuantiti yang berbeza. Kemudahan untuk mendapatkan penghantar Lalamove dalam masa yang singkat selepas membuat pesanan adalah faktor yang menggalakkan Sri Ternak untuk terus bergantung kepada perkhidmatan Lalamove.

“Rider dan driver Lalamove ni sebenarnya berada di mana-mana saja. Sebab itu agak mudah untuk padankan pesanan kami dengan penghantar Lalamove yang membawa pelbagai kenderaan. Cakap saja apa jenis barang pun, confirm mereka boleh hantarkan!” Williem berseloroh.

Dengan memberikan rating kepada rakan penghantar Lalamove dan memilih driver yang berprestasi tinggi untuk dimasukkan dalam senarai penghantar favourite mereka, Sri Ternak kini mampu bergantung kepada rakan penghantar Lalamove yang dipercayai untuk terus berkhidmat dengan mereka.

Tiada complaint dari pelanggan, walaupun pada musim puncak!

Bagi Agnes Liong, Pengurus Jenama Ato Gaming Store & Cafe, syarikatnya pernah menerima sehingga 50 pesanan penghantaran sehari semasa musim puncak.

“Servis penghantaran adalah penting untuk  perniagaan kami. Pesanan yang pantas adalah langkah terakhir dari kami untuk memberikan pengalaman yang positif kepada pelanggan. Dengan Lalamove, kami dapat memastikan yang kami sentiasa dapat memenuhi semua pesanan penghantaran, lebih-lebih lagi jumlah pesanan yang meningkat semasa musim puncak,” kata Agnes.

“Sejak menggunakan Lalamove, aduan yang kami terima berkenaan penghantaran pun makin kurang. Sebelum ni, pelanggan kena tunggu beberapa hari untuk dapatkan barang. Sekarang, hari yang sama lepas shopping pun masih boleh dapat barang sebab kami gunakan Lalamove.

“Pengurusan penghantaran dengan Lalamove agak fleksibel. Penjejakan pada masa nyata juga memudahkan saya mengikuti status penghantaran driver Lalamove,” kata Agnes.

Nak tahu lebih lanjut? Lawati Lalamove di website mereka atau muat turun aplikasi Lalamove hari ini!

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas