Connect with us

Oh! Media

Raya Dah Dekat! Jom Menang Makeover Rumah Bernilai RM50 Ribu Siap Perabot IKEA Dengan Livspace

IKEA X LIVSPACE

Branded

Raya Dah Dekat! Jom Menang Makeover Rumah Bernilai RM50 Ribu Siap Perabot IKEA Dengan Livspace

“Raya, raya, raya.. Selamat Hari Raya”

Eah ternyanyi pula, amboi nampaknya masing-masing bersemangat sungguh nak meraikan Syawal. Mana tidaknya tahun-tahun sebelum ini kita beraya dalam sekatan akibat pandemik.

Nampaknya tahun ni dengan kelonggaran yang diberikan, kita dah boleh all out beraya, nak balik kampung, kunjung-mengunjung rumah sedara-mara. Rindunya!

Tapi persoalan sekarang, rumah korang dah bersedia ke nak menerima tetamu? Yelah, kita mestilah nak sediakan ruang yang selesa untuk tetamu yang datang rumah kan? Barulah meninggalkan memori indah!

Haa.. Tak perlu bimbang, ni Oh! Media nak kongsi tentang satu platform pengubahsuaian dalaman nombor 1 di Asia, Livspace. Kalau korang nak tau, Livspace menyediakan rekaan, pembuatan dan pemasangan di bawah satu bumbung yang dapat membantu menyelesaikan masalah korang. 

Paling best, Livspace juga bekerjasama dengan IKEA, gedung kelengkapan rumah yang  terkenal dengan reka bentuk minamalis dan elegannya. Inilah masanya untuk korang makeover rumah korang kepada kediaman impian!

Kenapa nak pilih Livspace x IKEA?

1. Jenama yang dipercayai

Kalau nak ubah suai rumah korang mesti nak gunakan khidmat pakar kan? Barulah nanti dapat hasil yang korang inginkan. Ni kami nak bagitau, sebagai jenama nombor 1 Asia untuk hiasan dalaman rumah, Livspace kini dah berada di 4 negara dan 32 bandar seluruh dunia. Antaranya Singapura, Arab Saudi, India dan semestinya Malaysia. 

Malah Livspace juga bekerjasama dengan ribuan pereka hiasan dalaman dan kontraktor bertauliah bagi memenuhi permintaan pelanggan.

2. Pelanggan puas hati dengan Livspace

Livspace ni telah berpengalaman mereka bentuk, membina dan mengubahsuai ruangan dalam rumah untuk lebih 50,000 pelanggan di seluruh dunia. Malah mereka turut menetapkan jangka masa bagi kerja yang dilakukan bagi memastikan pelanggan sentiasa mendapat update mengenai rumah mereka.

3. Kerjasama Livspace X IKEA. Wow!!

Siapa je yang tak tau tentang jenama IKEA ni? Gedung kelengkapan rumah kegemaran ramai termasuklah Malaysia. Selain harga yang berpatutan, reka bentuk barang IKEA ni eksklusif menjadikannya ‘sejuk’ mata memandang.

Kalau korang peminat kelengkapan rumah IKEA, bayangkan pula bila platform pengubahsuaian No.1, Livspace, bergabung dengan jenama perabot terkenal. Memang W.O W.!!

4. 3 Langkah Nak Miliki Kediaman Impian Livspace X IKEA

-Rekaan: Pereka dalaman dari Livspace akan dapatkan pandangan korang bagi merancang kediaman terbaik impian korang

-Pembinaan: Pakar dari Livspace akan membina rekaan dalaman rumah dan membuat pengubahsuaian jika perlu.

-Kemasan perabot: IKEA akan menyediakan perabot dengan rekaan estetika, berfungsi dan bermutu tinggi untuk melengkapkan rumah impian korang.

5. Ubah suai rumah idaman pada harga mampu milik

Ni part paling best kami nak kongsi, korang tau tak yang Livspace x IKEA ni menawarkan harga yuran tempahan terendah di pasaran. Bermula hanya dari RM2,000*. Seriuslah!

*(Yuran tempahan atau deposit adalah 10% dari nilai pengubahsuaian rumah.)

Bukan itu je, pelanggan juga boleh menikmati manfaat dari IKEA tau antaranya IKEA 365-Day Return, IKEA Guarantee dan 5% diskaun untuk perabot IKEA bagi ahli IKEA Family. Seronoknya!

Rebut peluang menang hadiah bernilai sehingga RM100,000. Hanya ubah suai rumah Livspace!

Untuk makluman korang, Livspace ni baru sahaja melebarkan sayapnya di Malaysia dan korang boleh jadi antara pelanggan utama yang mendapatkan khidmat pakar pengubahsuaian nombor 1 di Asia ni dengan kerjasama IKEA.

Lagi mengujakan kalau korang tempah pengubahsuaian dengan Livspace minimum RM20,000, korang berpeluang untuk menang makeover rumah idaman bernilai RM50,000 serta perabot IKEA. Syok tu!

Korang juga akan dapat goodie bag dengan baucar pengubahsuaian rumah bernilai RM500 kalau korang menemui pereka Livspace x IKEA untuk berbincang mengenai rumah impian.

Kenali Livspace x IKEA 

Selalunya rekaan dalaman ni kalau tengok depan mata lagi puas hati. Boleh terus tengok mana perabot yang berkenan. Korang boleh kunjungi kedai Livspace x IKEA di Cheras dan Damansara untuk melihat sendiri kerjasama perabot pilihan korang,

Untuk itu, korang boleh lawati Livspace x IKEA di gedung IKEA Cheras dan IKEA Damansara. Info lanjut boleh mengenai Livspace korang boleh klik SINI.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas