Connect with us

Oh! Media

Ramadan Makin Dekat, Lihat Bagaimana Korang Boleh Tolong Orang Susah Dengan Kroisan Je

Branded

Ramadan Makin Dekat, Lihat Bagaimana Korang Boleh Tolong Orang Susah Dengan Kroisan Je

Tak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadan yang mulia dan dinanti-nanti. Di bulan ini juga umat Islam digalakkan untuk lebih banyak membuat kebaikan kerana dijanjikan pahala berlipat kali ganda. 

Selain itu, bulan puasa juga bertujuan mengingatkan kita mengenai fakir miskin yang berlapar dahaga setiap hari kerana kesempitan hidup. Sebab itulah kita diingatkan untuk banyak bersedekah dan memberi kepada golongan memerlukan supaya mereka juga dapat merasa nikmat makan minum yang cukup seperti orang lain.

Ganjaran sedekah sehingga 700 kali ganda

Amalan bersedekah bukan saja dituntut di bulan puasa malahan setiap masa. Setiap sedekah dibuat akan ‘dibayar’ dan dibalas ketika di dunia lagi. Al-Quran menyebut sesiapa bersedekah pada jalan Allah akan diganti paling sedikit 10 ganda dan paling besar sehingga 700 kali ganda.

Pada bulan Ramadan, amalan sedekah jariah yang berterusan akan menjadi pembersihan harta jika diberikan dengan sepenuh hati dan ikhlas. 

Gandakan amalan bersedekah bersama 7DAYS

Dah tahu betapa banyaknya kebaikan bersedekah, mestilah kita semua nak rebut ganjaran di bulan puasa ni kan? Jenama kroisan 7DAYS nak ajak kita semua buat kebaikan dengan cara mudah dan menyeronokkan, siap berpeluang menang hadiah lagi! Menarik kan? Tapi macam mana tu?

7DAYS akan anjurkan Peraduan Teka Kata 7DAYS dengan menyemarakkan semangat memberi dalam kalangan penggemar kroisan enak ini ketika bulan Ramadan. Mesti ramai dah teruja bila dengar boleh dapat hadiah dalam masa sama boleh buat kebaikan kan? Mudah je guys, hanya perlu ikut beberapa langkah ringkas ni:

Langkah 1:

Langkah 2:

Langkah 3:

Pemenang akan dipilih secara harian dan juga mingguan juga. Jadi lebih banyak kali korang join, lebih tinggi peluang untuk menang. Hadiah-hadiahnya adalah:

Hadiah mingguan x 6: RM400 hadiah wang tunai / baucar tunai 

Hadiah harian x 36: RM150 hadiah wang tunai / baucar tunai 

Dah la berpeluang menang baucar atau wang tunai, siap dapat boleh buat kebajikan lagi, apa lagi korang tunggu? First contest post:

Jom join contest Minggu Pertama DI SINI:

Tunggu apa lagi guys, bila lagi nak join contest sampai buat kebajikan? Semoga kebaikan kita lakukan di bulan Ramadan ini mendapat balasan setimpal juga. Amin.

Baca terma dan syarat penyertaan di sini: Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris

Setiap penyertaan sumbang satu kroisan kepada mereka yang memerlukan

Apa yang lagi best, pihak 7DAYS akan menghantar kroisan mereka kepada rumah kebajikan terpilih berdasarkan jumlah peserta unik yang terkumpul setelah tamat peraduan. Kalau korang rasa penyertaan tak memberi impak sebab hanya menyumbang satu kroisan, bayangkan jika kita sebarkan kebaikan ini dan ada 10,000 orang sertai, berapa ramai dah kita boleh sama-sama bantu!

Jom la borong kroisan 7DAYS banyak-banyak, boleh buat berbuka dan sahur, ringkas tapi mengenyangkan! Dah la sedap, banyak pula pilihan inti seperti coklat, vanilla, strawberry, jagung dan paling istimewa perisa kurma. Terperangkap dalam kesesakan lalulintas? Grab je dan makan untuk  berbuka. Tak selera untuk makan sahur di awal pagi? Kroisan 7DAYS pun jadi penyelamat.

Nak tahu lebih info mengenai Peraduan Teka Kata 7DAYS ni, wajib follow Facebook 7DAYS untuk tidak ketinggalan pengumuman pos, bila boleh join dan maklumat penting lain. Pos peraduan akan dimuatnaik setiap Isnin bermula 29 Mac sehingga 9 Mei 2021, jadi korang kena cepat-cepat follow Facebook 7DAYS sebelum terlambat!

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas