Connect with us

Oh! Media

Rahsia Miliki Senyuman Memikat Hati Tak Ramai Tahu Kini Terbongkar!

Branded

Rahsia Miliki Senyuman Memikat Hati Tak Ramai Tahu Kini Terbongkar!

Pernah tak berada dalam situasi di mana ada kawan yang tegur gigi anda tu? Contohnya, gigi cantik la, ada cili pada gigi dan kadang tu ada juga yang jujur dengan komen gigi yang kelihatan kuning.

Secara tak langsung, mesti akan rasa down dan insecure sebab ianya melibatkan appearance kan? Ha! Kalau ada kawan yang macam ni, make sure anda kawan sampai bila-bila. Sebab susah nak dapat kawan yang jujur hendak nampak kita sempurna, elok, cantik ni.

So bila cakap pasal appearance, gigi merupakan aset penting untuk tentukan tahap keyakinan kita. 

Kalau ada sambal tertinggal dekat celah gigi pun dah segan, inikan pula bila gigi kekuningan. Okay, jom kita check rutin yang boleh jadikan gigi kita kuning dan macam mana nak tackle masalah ni.

Minum kopi bagus tapi…

Cheerful asian young woman drinking warm coffee or tea enjoying it while sitting in cafe. Attractive happy asian woman holding a cup of coffee.

Mengikut kajian, minum kopi mampu berikan kita tiga kelebihan iaitu;

1- Membantu kita kekal berjaga

2- Meningkatkan produktiviti

3- Menjadikan emosi lebih baik

Tetapi bukan diambil secara berlebihan sebab kalau berlebihan ianya akan memudaratkan kesihatan.

Selain tu juga, kalau anda penggemar kopi, teh, minuman berkarbonat atau minuman yang bergula dan berwarna, sebenarnya ianya menjadi kepada penyumbang masalah gigi kuning dan juga masalah-masalah lain pada gigi.

Bukan tak boleh minum, cuma kita semua disarankan untuk counter semula minuman kegemaran kita tadi dengan kumur dengan air putih atau kawal pengambilan.Jangan ingat minum air putih, gigi anda akan jadi putih pulak tau. Kita kumur tu tadi dengan harapan tak ada sisa minuman manis dan berwarna pada permukaan dan celah gigi kita. So kalau dah kumur tu boleh la buatkan gigi tu cantik elok tak ada kuning-kuning.

Pilih warna lipstick yang betul

So untuk gadis-gadis, pemilihan warna lipstik sangat memainkan peranan penting tau sebab tona warna gigi akan dipengaruhi warna bibir. Jadi pilihlah warna-warna seperti cherry red, berry, plum atau rosy pink untuk memberi impak gigi lebih putih. Boleh la cuba nanti, untuk bagi ilusi gigi lebih putih berseri.

Start dengan amalkan penjagaan asas gigi

Woman brushing teeth in front of mirror. Photo taken through glass

Tiga teras penjagaan gigi pertama berus, kedua flos dan ketiga kumur. Senang ke susah? Kalau tiga basic ni kita tak boleh nak buat, maksudnya kita bukan saja tak confident sebaliknya kita perlu muhasabah diri sebab itu tanda MALAS. 

Jadi ingat amalkan gosok gigi dua kali sehari, gunakan ubat gigi dan berkumur. Kalau ada sisa makanan yang terselit, gunakan flos untuk keluarkannya. Elakkan guna lidi sebab takut akan rosakkan gusi.

Kawal makan makanan manis & tinggi karbohidrat

Tahu tak, makanan tinggi gula, berkarbohidrat tinggi dan berasid boleh menipiskan enamel gigi? Bila lapisan enamel gigi dan menipis maka gigi kita akan terdedah dengan kotoran dan menyebabkan gigi kita kuning.

So geng, sama macam air kopi tadi bukan tak boleh makan atau minum sebaliknya kita start kawal pengambilannya. Bila kita dah consume, kita jaga pula dengan basic penjagaan gigi yang betul. Dah banyak tips dan hack cara nak putihkan gigi viral di media sosial, tapi kebanyakannya tidak mengikut garis panduan yang betul. 

Cara mudah dan selamat dengan Ubat Gigi Darlie All Shiny White Baking Soda

Darlie All Shiny White Baking Soda adalah ubat gigi pemutihan soda penaik Darlie yang pertama seumpamanya di Malaysia! Ubat gigi ini bukan saja boleh memberikan pembersihan seperti ubat gigi lain, malahan mempunyai fungsi memutihkan gigi, barulah tak malu lagi nak senyum lebar dekat crush!

Ubat gigi ini diformulasikan daripada baking soda gred makanan yang berupaya menggilap lembut untuk membantu menanggalkan kotoran pada gigi punca kuning. So tak perlu nak buat sendiri ikut video viral dekat sosial media tu, takut nanti gigi anda yang kuning tu jadi hitam pulak.

Dengan Stain Dissovability Power dua kali ganda**, segala kekotoran penyebab gigi kuning akan dihapuskan untuk menyerlahkan gigi yang putih idaman semua. Boleh senyum sepanjang hari, yakin je tak perlu lagi malu-malu.

Apabila memberus, formulasi ubat gigi dengan soda penaik yang menjadikan buih yang mampat menjadikan pengalaman memberus gigi lebih halus, lembut dan paling penting terasa bersihnya. Barulah diri yang sebenar boleh bersinar!

Mesti ramai yang dah tak sabar nak dapatkan senyuman penuh yakin dengan gigi ‘baru’ kan dengan Darlie? Kalau nak tahu lebih lanjut tentang Ubat Gigi Darlie All Shiny White Baking Soda ini, boleh dapatkan info di laman web rasmi Darlie.

Tak tahu mana nak dapatkan? Risau nak mencari ke sana-sini sebab virus ada di mana-mana? Senang saja, boleh dapatkan produk terbaru Darlie ini di Lazada, Shopee, Watsons atau Guardian. Tinggal add to cart, bayar dan tunggu saja di rumah. Mudah kan?

So, dah ready ke nak senyum dengan penuh yakin dan ceria dengan Darlie?

*Ubat gigi pemutihan soda penaik Darlie yang pertama di Malaysia

**Berbanding dengan kumpulan kawalan kosong menggunakan ubat gigi Darlie Whitening, dalam kajian in vitro.

Kredit foto: freepik.com, Andrea Piacquadio, Pexels

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas