Connect with us

Oh! Media

Pulangan Tunai RM10 Setiap Bulan dan Faedah/Keuntungan 4.7% setahun, Jom Daftar HLB Wallet/-i Sekarang!

Branded

Pulangan Tunai RM10 Setiap Bulan dan Faedah/Keuntungan 4.7% setahun, Jom Daftar HLB Wallet/-i Sekarang!

Kalau korang perasan sekarang ni bukan setakat kedai-kedai saja yang menawarkan pembayaran digital, malah warung-warung tepi jalan pun dah mula guna ciri ini tau! 

Jadi, kenapa perlu beratkan poket seluar dengan dompet tebal sedangkan korang boleh bayar secara digital betul tak? Lagi-lagi kalau ada macam-macam ganjaran menarik, lagi masyuk!

Contohnya macam HLB Wallet/-i, bukan saja memudahkan urusan, malah korang boleh nikmati pelbagai ganjaran hebat tau! Kalau nak tahu, meh sini kami kongsi.

Dapat Pulangan Tunai RM10 Setiap Bulan, Hanya Dengan HLB Wallet/-i Je!

Ye, betul! Korang berpeluang untuk nikmati pulangan tunai RM10 setiap bulan dengan HLB Wallet/-i!

Korang tahu tak kalau korang buat pembayaran digital, tak kira untuk pemindahan wang, pembayaran kod QR, bayar bil atau tambah nilai prabayar menggunakan aplikasi HLB Connect, korang akan dapat pulangan tunai berjumlah RM120 setahun? Seriuslah?!

Sebab itulah kami lebih gemar dengan HLB Wallet/-i berbanding eDompet lain sebab Hong Leong Bank menawarkan pelbagai ganjaran menarik tau! 

Lagi best, siapa yang baru saja daftar untuk HLB Wallet/-i ni, korang berpeluang untuk nikmati “Welcome Bonus Savings”, iaitu faedah/keuntungan sebanyak 4.7% setahun yang boleh diperoleh setiap hari dari 10 Jun hingga 7 Julai 2024 dengan baki akaun minimum harian RM4,700. Wow, biar betul?!

“Welcome Bonus Savings” akan dibayar ke atas jumlah baki sehingga RM70,000 pada 31 Julai 2024. 

Kalau korang berminat, jom daftar HLB Wallet/-i sekarang dan deposit perlu dilakukan antara 10 hingga 30 Jun 2024. Psst, tawaran ini sah untuk korang yang takde akaun Semasa atau Simpanan Hong Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank. 

Tak cukup dengan tu, agak-agak kalau telefon korang dah habis bateri tapi perlu buat pembayaran, jangan risau sebab HLB Wallet/-i ini turut hadir dengan kad debit/-i Visa. Tinggal tap je, senangkan?

Paling penting, kad debit/-i Visa HLB Wallet/-i ni tiada yuran pengeluaran dan yuran tahunan hanya berjumlah RM8 saja untuk tahun kedua dan seterusnya. 

Untuk korang yang kaki travel tu, kami yakin korang confirm akan suka dengan HLB Wallet/-i ni sebab korang boleh tukar dan simpan wang dalam 12 mata wang asing dengan kadar tukaran yang kompetitif hanya dalam satu dompet je tau. Senangkan?!

Apa yang korang perlu buat adalah hanya upgrade kepada HLB Wallet+ je. 

Selain dapat tukar dan simpan 12 mata wang asing, HLB Wallet+ juga takde had untuk jumlah wang yang boleh disimpan supaya korang boleh pindahkan lebih banyak wang atau membeli lebih banyak barangan dengan kad debit/-i Visa. Bestnya! 

Tapi, HLB Wallet+ ni hanya untuk pelanggan yang berusia 18 tahun dan ke atas je tau. Hmm, agak-agak boleh ke daftar untuk anak-anak?

Siapa kata tak boleh? Kalau anak-anak korang berumur dalam lingkungan 12 hingga 17 tahun, mereka boleh daftar untuk HLB Wallet/-i juga, dengan syarat perlu ada kebenaran ibu bapa dan hanya perlu singgah ke mana-mana cawangan HLB dan HLISB bersama ibu bapa untuk ambil kad debit/-i. 

Haa, korang tunggu apa lagi, kalau korang nak nikmati semua ganjaran ni, jomlah daftar HLB Wallet/-i sekarang tanpa perlu melawat cawangan bank. Muat turun aplikasi Apply@HLB di App Store atau Google Play! 

Alang-alang tengah cakap tentang ganjaran ni kan, korang akan dikejutkan dengan ganjaran yang jauh lebih besar dan lumayan pada 8 Julai 2024 ini menerusi kempen HLB Connect – Your Digital Bank Plus Much More. Tak sabarlah!

Untuk maklumat lanjut tentang HLB Wallet/-i dan kempen HLB Connect, layari laman web rasmi Hong Leong Bank atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram sekarang. 

Hong Leong Bank/Hong Leong Islamic Bank adalah ahli PIDM. HLB Wallet/-i dilindungi oleh PIDM setakat RM250,000 bagi setiap pendeposit.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas