Connect with us

Oh! Media

Pra-Tempah iPhone 14 Di TMT Sekarang, Nikmati PWP Serendah RM9

Branded

Pra-Tempah iPhone 14 Di TMT Sekarang, Nikmati PWP Serendah RM9

Bagi peminat barangan Apple sudah tentu tertunggu-tunggu pelancaran produk terbaru iPhone 14. Jangan risau tentang pembayaran kerana disediakan mod Buy Now Pay Later (BNPL), boleh dapatkan info lanjut di outlet TMT berhampiran. Sudah buat keputusan untuk naik taraf dari iPhone sekarang? Atau masih ragu-ragu antara dua? Jom kami kongsikan kenapa korang kena pra-tempah iPhone 14 sekarang!

Promo Pembelian Dengan Pembelian (PWP) serendah RM9

Apabila korang membuat pra-tempahan iPhone 14 dengan TMT, korang layak untuk membuat Pembelian Dengan Pembelian produk dengan serendah RM9. Dengan itu, korang dapat nikmati penjimatan berganda contohnya pengecas 20W yang harga asalnya RM99.

Pra-tempah dan dapatkan barangan eksklusif TMT

Lebih sebab untuk membuat pra-tempahan dengan TMT adalah kerana korang bukan sahaja boleh bawa pulang iPhone terbaru, malahan barangan eksklusif TMT berupa beg TMT x Christy Ng.

Selain itu, pra-tempahan juga berpeluang mendapatkan baucar TMT dengan baucar Aksesori Apple bernilai RM420*. Tertakluk terma dan syarat.

Program tukar beli

TMT juga menawarkan program tukar beli (trade in) untuk model iPhone terpilih. iPhone 13, iPhone 13, iPhone 13 Pro Max ditawarkan dengan harga jaminan pembelian semula 50%. Manakala bagi iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max pula akan mendapat tambahan nilai tukar beli tambahan RM100.

Program over trade

Dengan kerjasama CompAsia, pembeli juga boleh menikmati program over trade di TMT. CompAsia akan menyumbang RM100 untuk peranti dan TMT menyumbang RM100 baucar TMT bagi pembelian iPhone 14.

Peranti Apple yang terlibat termasuk siri iPhone 11, iPhone 12, iPad dan Apple Watch. Promosi sah sehingga 31 Disember 2022.

Miliki iPhone 14 pada 12.01 tengah malam, 23 September!

Istimewanya, TMT @ Seremban Gateway dan Thunder @ Berjaya Megamall mengadakan jualan tengah malam. Korang boleh dapatkan iPhone 14 masing-masing pada 23 September ini pada jam 12.01 tengah malam! Untuk info lanjut boleh dapatkan di Facebook TMT. Pra-tempah iPhone 14 korang DI SINI.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas