Connect with us

Oh! Media

Potongan Sehingga 50% Untuk Berlibur? Ni Baru Seronok Nak Bercuti!

Branded

Potongan Sehingga 50% Untuk Berlibur? Ni Baru Seronok Nak Bercuti!

Musim cuti persekolahan dah nak mula, anak korang mesti dah bagi hint ajak keluar bercuti betul tak? Maklumlah, cuti persekolahan sebelum ni asyik duduk rumah je, korang pulak sibuk bekerja. 

Tapi kalau nak bercuti pun, benda yang korang paling risau mesti bajet betul tak? Nasib baiklah ada Klook, korang boleh jimat banyak dan tak perlu beratur pun! 

Kalau korang nak tau, antara promosi yang Klook nak bagi adalah potongan harga sehingga 50% dan banyak lagi untuk tempat yang telah ditetapkan, klik je di SINI untuk lebih banyak promosi. Haa, jom tengok antara tempat menarik yang korang boleh bawa anak-anak berlibur.

1. Aquaria KLCC

Haa, kalau korang datang Aquaria KLCC ni, korang boleh tengok sehingga 5,000 haiwan darat dan lebih daripada 150 spesis makhluk air di akuarium yang paling canggih dengan berjalan sepanjang 90 meter bawah air. Menarik!

Korang boleh tengok macam-macam jenis haiwan yang jarang dijumpai antaranya jerung harimau, ulat laut, ikan pari biru, ikan batu karang, kuda laut dan banyak lagi!

Korang juga boleh tinjau pameran menarik seperti Touch Pool, Evolution Zone, Jewels of the Jungle dan macam-macam lagi. 

Promo: Beli 1 Percuma 1 tiket dewasa bermula 18 Februari 2022 pada jam 12 tengahari.

2. Zoo Negara

Kalau tak cukup dekat Aquaria, korang boleh datang ke Zoo Negara pula untuk lihat lebih daripada 5,137 haiwan dari 476 spesies mamalia, burung, reptilia, amfibia, dan ikan. 

Bukan itu sahaja, korang juga boleh lawat panda gergasi Malaysia yang cukup comel dan menghiburkan iaitu Xing Xing dan Liang Liang serta pertunjukan singa laut, Macaws dan banyak lagi! Wow, bestnya!

Promo: Beli 1 Percuma 1 tiket dewasa bermula 25 Februari 2022 pada jam 12 tengahari.

3. Sunway Lagoon

Agak-agak kalau korang nak main macam-macam permainan dengan anak-anak, haa datang je ke Sunway Lagoon ni sebab ada banyak tarikan menarik seperti Vuvuzela, Monsoon 360, Jungle Fury, Pirates Revenge dan banyak lagi!

Bukan setakat tu je, anak korang mesti seronok kalau dapat masuk 6 zon bertema Sunway Lagoon ni iaitu Nickelodeon: Amusement Park, Scream Park, Water Park, Nickelodeon Lost Lagoon, Wildlife Park dan Extreme Park. Haa, confirm tak nak balik punyalah!

Promo: Beli 1 Percuma 1 tiket dewasa Warganegara Malaysia bermula 25 Februari 2022 pada jam 12 tengahari.

4. ESCAPE Theme Park Penang

Nak lebih banyak aktiviti lasak, korang wajib datang ke ESCAPE Theme Park Penang dan cuba sendiri lebih daripada 30 aktiviti mencabar seperti zip line, gelongsor air dan banyak lagi.

Kalau korang nak tahu, ESCAPE Theme Park Pulau Pinang ni mempunyai lebih daripada 38 gelongsor  tau, serta mempunyai latar belakang persekitaran semula jadi yang menarik! Haa, siapa yang nak kejutan adrenaline tu, jom lah datang sini dengan anak-anak!

Promo: Beli 1 Percuma 1 tiket dewasa bermula 25 Februari 2022 pada jam 12 tengahari.

5. Sunway Lost World of Tambun 

Kalau korang nak bersantai dengan anak-anak, korang boleh datang ke Sunway Lost World of Tambun dan nikmati pemandangan semula jadi hutan di kawasan sekitar pada waktu siang dan malam serta gunung batu kapur yang wujud sejak 400 juta tahun yang lalu. Wow!

Untuk aktiviti, korang boleh bermain di taman tema tersedia seperti taman air, kolam air panas, persembahan, membelai dan memberi makan pada haiwan dan banyak lagi. Memang sesuailah untuk rehatkan minda korang!

Promo: Beli 1 Percuma 1 tiket dewasa bermula 25 Februari 2022 pada jam 12 tengahari.

6. KidZania KL

Rasa-rasa nak tengok anak cenderung ke minat yang macam mana, korang patut datang ke KidZania KL sebab dekat sini ada lebih dari 100 jenis kerja yang mereka boleh cuba. 

Korang boleh latih anak-anak melalui interaksi main peranan yang realistik seperti menjadi seorang juruterbang, penulis akhbar, bomba dan banyak lagi tau. Menariknya!

Promo: Beli 1 Percuma 1 tiket kanak-kanak bermula 18 Februari 2022 pada jam 12 tengahari.

7. Legoland Johor

Kalau korang nak bermandi-manda, Legoland Johor adalah tempat yang sesuai sebab korang boleh cuba 40 jenis tunggangan dan tarikan di 8 jenis taman tema.

Selain itu, korang juga boleh menyelam di LEGO wave pool, bermain Build-A-Raft lazy river, serta bermain gelongsor air tau. Memang seronoklah kalau nak bermandi-manda ni!

Korang juga boleh kunjungi zon akuarium SEA LIFE Malaysia dengan lebih daripada 25 tangki yang mengandungi 11 zon habitat serta 13,000 makhluk air daripada 120 spesies. Terbaiklah!

Promo: Beli 1 Percuma 1 tiket dewasa bermula 18 Februari 2022 pada jam 12 tengahari.

8. Skytropolis Genting Highlands

Haa, tempat baru yang tengah hangat sekarang ni korang wajib datang iaitu Skytropolis Genting Highlands sebab ada banyak aktiviti menarik yang korang tak nak terlepas. 

Dekat sini korang boleh nikmati lebih daripada 20 tunggangan baru yang menarik serta tarikan di Skytropolis Funland serta bawak anak korang untuk perjalanan nostalgia di Copper Express, di mana kereta api enjin stim akan bawa berjalan mengelilingi taman mini.

9. District 21 Putrajaya

Nak aktiviti yang lasak, korang wajib datang ke District 21 Putrajaya sebab dekat sini ada 10 aktiviti mencabar yang memerlukan korang untuk mendaki, menggelongsor, menunggang, melompat, jatuh bebas dan terbang. Fuhh, risau betul dengar.

Untuk pengetahuan, korang boleh pilih tahap kesukaran yang diingini dari  yang senang seperti Tubby Ride, Yoyo Car, Launch Pad, Power Station, Free Fall, Maze, tahap  sederhana seperti Low Ropes dan tahap susah seperti Ninja Warrior, Sky Trail dan Roller Glider. Wow, bestnya!

10. Splash Out Langkawi Water Theme Park

Tempat terakhir yang korang perlu datang untuk luangkan masa cuti sekolah adalah Splash Out Langkawi Water Theme Park. 

Di sini terdapat 12 tarikan yang korang patut cuba seperti Wild Water, Sprinkle Island, Poseidon’s Revenge dan banyak lagi! 

Paling penting, korang tak perlu risau tentang covid sebab pihak Splash Out Langkawi sentiasa melalukakan sanitasi di kawasan sekeliling dan fasiliti serta menyediakan sanitasi tangan dan pelitup muka. Haa, baru lah rasa selamat nak bermain!

Promo: Beli 1 Percuma 1 tiket dewasa bagi pemegang passport warganegara bermula 18 Februari 2022 pada jam 12 tengahari.

3 Deals Menarik Dari Klook Yang Korang Tak Boleh Lepaskan

Haa, menarikkan tempat-tempat yang Klook tawarkan? Sebenarnya bukan tu sahaja promosi yang Klook nak bagi tau, ada lagi deals yang lain yang korang tak patut lepaskan!

Antara deals lain yang korang boleh nikmati adalah RM15 Off untuk semua aktiviti dengan perbelanjaan minimum RM180 menggunakan kod <JOMCUTI15>. 

Untuk pengguna baru Klook, korang pun ada deals juga tau iaitu RM30 Off untuk semua aktiviti dengan perbelanjaan minimum RM180 menggunakan kod <NEWTOKLOOK30>. 

Selain itu, Klook juga mementingkan keselamatan korang lagi-lagi waktu pandemik macam ni tau. Antaranya tiket yang korang beli adalah bertarikh terbuka, kemasukan tanpa sentuh dan potongan barisan untuk mengelakkan kesesakan. Barulah selamat nak enjoy!

Haa, tunggu apa lagi, cepat-cepatlah beli tiket dekat Klook, tak payah korang nak kena beratur panjang untuk beli tiket masuk dan paling penting korang hanya perlu scan QR code je bila nak masuk. Sesuai sangatlah dengan keadaan semasa ni.

Untuk maklumat lanjut, layari https://www.klook.com/en-MY/tetris/promo/my-schoolholidays/ sekarang!

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Branded

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas