Connect with us

Oh! Media

Philip Morris Syarikat Yang Diiktiraf Sebagai Majikan Terbaik Malaysia Untuk 3 Tahun Berturut-Turut

philip morris

Branded

Philip Morris Syarikat Yang Diiktiraf Sebagai Majikan Terbaik Malaysia Untuk 3 Tahun Berturut-Turut

Impian untuk bekerja dalam suasana aman dan dikelilingi orang-orang yang positif adalah impian semua orang. Disebabkan itu amat penting untuk wujudkan suasana bekerja yang positif kerana ia dapat memberi kesan kepada perkembangan sesebuah syarikat. Budaya bekerja di Malaysia masih boleh dilihat memiliki persekitaran yang sihat. Ini apabila banyak syarikat terkemuka yang berjaya menyediakan segala kemudahan dan kebajikan untuk pekerja mereka.

Terbaru, Philip Morris (Malaysia) Sdn Bhd (PMM) telah diiktiraf sebagai Majikan Terbaik di Malaysia untuk tahun ke-3 berturut-turut. Philip Morris International juga diperakui sebagai Majikan Terbaik Global oleh Institut Majikan Teratas.

Kami terus berusaha untuk kecemerlangan dalam memastikan PMI adalah tempat kerja yang bagus dan sentiasa mencabar diri untuk menyediakan persekitaran kerja dan pengalaman unik kepada kakitangan.

Dalam perjalanan transformasi, kami mengutamakan pekerja dengan membangunkan tempat kerja yang inklusif dan pelbagai. – Kata Pengarah Urusan PMM, Naeem Shahab Khan.

Turut diiktiraf sebagai majikan terkemuka

Dalam pada itu, Naeem memaklumkan ahli gabungan PMI turut dinobatkan sebagai majikan terkemuka di 44 negara di seluruh Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia Pasifik. Ini satu pencapaian yang amat baik selepas berjaya menjaga kebajikan lebih 73,500 kakitangan seluruh dunia.

Mencipta masa depan bebas asap rokok

Naeem turut memaklumkan PMI untuk jangka masa panjang komited untuk memastikan masa depan bebas asap rokok dengan sentiasa berinovasi dan mendorong sempadan baharu dalam membangunkan rangkaian produk bebas asap rokok.

Tahniah Philip Morris atas pengiktirafan ini dan semoga syarikat lain di Malaysia terus berusaha untuk wujudkan suasana bekerja yang sihat.

Kredit: Philip Morris

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas