Connect with us

Oh! Media

Persekitaran Kondusif & Mesra Alam Antara Daya Tarikan Utama Pembeli Rumah Sunway d’hill Residences

Sunway dhill

Branded

Persekitaran Kondusif & Mesra Alam Antara Daya Tarikan Utama Pembeli Rumah Sunway d’hill Residences

Sebut je pasal rumah, mesti ramai yang buntu untuk membuat pilihan sebab banyak projek perumahan dibangunkan dan tak semua projek ini kena dengan citarasa yang diingini. 

Tapi, pernah tak anda dengar tentang Sunway d’hill Residences, pembangunan kerjasama oleh Master Community Developer Sunway Property dan PKNS? Haa, kalau belum, mehh kami share dengan anda tentang kelebihan projek perumahan ini, yang pasti akan membuat anda lebih tertarik untuk membeli.

Persekitaran Yang Nyaman & Dikelilingi Kehijauan 

Gambaran Artis

Sejak pandemik melanda dunia, pemilihan rumah yang kondusif adalah sangat penting kerana rumah yang pada asalnya tempat untuk berehat kini berevolusi menjadi tempat bekerja, belajar dan juga berhibur. 

Di Sunway d’hill Residences ni, anda tak perlu risau lagi sebab ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang dapat memenuhi setiap aspek keperluan yang diinginkan.

Untuk pengetahuan anda, projek perumahan yang terletak di Kota Damansara ini adalah berhampiran dengan hutan hujan dengan jarak kira-kira 100 meter saja tau! Haa, lepas ni kalau anda rasa stress dan nak menghirup udara segar, anda tak perlu pergi jauh-jauh dah.

Gambaran Artis

Bukan itu saja, anda juga boleh merasai pengalaman menyusuri taman yang dipenuhi tumbuh-tumbuhan di laluan pejalan kaki yang dibina setinggi pokok tanaman di sekitar kawasan itu. Di kawasan ini juga anda bebas untuk melakukan aktiviti berbasikal tau. Seronoknya!

Selain itu, bagi mengekalkan kesegaran udara di kawasan ini, Sunway d’hill Residences mempunyai taman herba. Pembinaan taman ini memberikan peluang kepada penghuni untuk menikmati keseronokan menanam sayur atau herba sendiri. Siapa kata tinggal di apartment tak boleh bercucuk tanam?

Lebih membanggakan, projek perumahan ini telah mencapai pensijilan bangunan hijau status GreenRE GOLD, yang membuktikan projek yang dibina ini telah melalui proses penilaian dari segi reka bentuk sehinggalah penyelenggaraan yang mesra alam dan mempunyai inisiatif bangunan hijau.  

Ini menunjukkan bahawa projek ini dapat menyumbang ke arah penjimatan tenaga yang dapat memberikan impak yang positif kepada alam sekitar.

Sunway d’hill Residences dibina dengan kemudahan sistem penuaian air hujan yang mampan, penjimatan tenaga melalui pencahayaan berasaskan sensor dan pengudaraan secara semula jadi. Bagusnya!

Gambaran Artis

Gambaran Artis

Menariknya, anda boleh menikmati pemandangan yang indah dan segar tanpa sebarang halangan kerana kawasan ini dikelilingi kehijauan alam yang sejuk mata memandang serta persekitaran kejiranan yang matang. Bestnya pagi-pagi dapat tengok view lawa macam ni!

Gambaran Artis

Gambaran Artis

Gambaran Artis

Gambaran Artis

Selain itu, terdapat lebih daripada 30 fasiliti yang disediakan seperti kolam renang, tempat bersenam, taman permainan, kawasan BBQ, teater, bilik karaoke, tapak perkhemahan dan banyak lagi. Senang cerita, anda tak akan bosanlah kalau menetap di sini!

Terletak Di Kedudukan Strategik, Lengkap Dengan Kemudahan Asas

Menariknya, walaupun projek perumahan ini berhampiran dengan alam semula jadi, Sunway d’hill Residences juga berdekatan dengan kawasan bandar. 

Terdapat banyak kedai yang akan dibuka di bawah kawasan perumahan Sunway d’hill Residences bagi memudahkan anda untuk membeli barangan keperluan harian.

Memandangkan projek perumahan ni terletak di Kota Damansara, anda dapat menikmati banyak kemudahan yang lain seperti pasaraya besar NSK dan Giant serta pusat beli belah Sunway Giza Mall, IPC, IKEA dan One Utama yang juga terletak berdekatan.

Bukan itu saja, berdekatan kawasan Sunway d’hill Residences ini juga terdapat 8 buah sekolah rendah dan menengah seperti SJK(C) Damansara, SMK Seksyen 10 Kota Damansara, Sri KDU, dan St. Joseph International School serta institusi pengajian tinggi seperti SEGI University.

Paling penting, ia juga terletak berhampiran dengan fasiliti perubatan seperti klinik, hospital kerajaan dan hospital swasta seperti Thomson Hospital. Terdapat juga hospital pakar Sunway Specialist Centre Damansara dan Alpha Specialist Centre. Jadi, anda tak perlu risau lagi jika berlaku sebarang kecemasan.

Akses perhubungan di sini juga amat mudah, dari Sunway d’hill Residences, anda boleh terus ke Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Penchala Link Avenue, LDP dan Lebuhraya DASH. Haa, senanglah untuk anda bergerak ke mana-mana saja nanti!

Ruang Dalaman Rumah Lebih Besar & Selesa

Antara perkara yang perlu dititikberatkan semasa membeli rumah adalah keluasan dalaman rumah tersebut selain luaran yang tampak menarik dan bergaya.

Gambaran Artis

Gambaran Artis

Untuk pengetahuan anda, terdapat 4 reka bentuk unit yang anda boleh dapatkan di antara 829 hingga 1,238 kaki persegi. 

Gambaran Artis

Bukan itu saja, projek perumahan ini juga menawarkan 2 hingga 4 bilik serta reka bentuk dapur basah dan kering untuk memenuhi keperluan hidup yang berbeza. Haa, sesuai sangat untuk anda yang bekerja dari rumah untuk memasak nanti.

Gambaran Artis

Untuk pengetahuan anda, Unit C dan D mempunyai balkoni yang sangat luas, di mana anda boleh melakukan pelbagai aktiviti tanpa batasan ruang sambil menikmati pemandangan hutan rimba yang cantik!

Kalau anda mempunyai lebih daripada satu kereta, anda tak perlu risau lagi sebab di setiap unit, terdapat 2 hingga 3 tempat letak kereta yang disediakan di setiap unit dan direka khas dengan tanjakan laju yang membolehkan anda terus ke tempat letak kereta yang ditetapkan. 

Bagi anda yang berminat dengan Sunway d’hill Residences, ianya kini buka untuk dijual tau. Jadi, apa kata datang ke unit pameran Sunway d’hill Residences di Sunway Giza Mall, Kota Damansara untuk gambaran yang lebih jelas!

Jom sertai kami di Sunway d’hill untuk bersempurna bersama Citarasa Penang pada 21 & 22 Mei 2022 (Sabtu & Ahad), 11 pagi hingga 5 petang. Nikmati Rojak Buah dan Teochew Chendul sambil anda kunjungi rumah contoh Sunway d’hill Residences di Sunway Giza Mall.

Untuk info lanjut, anda boleh daftar sekarang DI SINI atau hubungi mereka di talian 1700-81-2222.

REGISTER YOUR INTEREST

I have read the Personal Data protection Notice provided by Sunway Integrated Properties Sdn Bhd pursuant to section 7 of Personal Data Protection Act 2010, and give consent to Sunway Integrated Properties Sdn Bhd to process my personal data in accordance with the Personal Data Protection Notice

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas