Connect with us

Oh! Media

Penjaja Char Kuetiau Jalanan & Jurujual Kini Pengurus Syarikat Peruncitan, Ini Kisahnya…

Branded

Penjaja Char Kuetiau Jalanan & Jurujual Kini Pengurus Syarikat Peruncitan, Ini Kisahnya…

Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Pada waktu sukar ni, Ohmedia suka untuk kongsikan kisah-kisah kejayaan rakyat Malaysia yang sedikit sebanyak dapat bagi inspirasi kepada kita. Contohnya, kisah seorang penjaja char kuetiau jalanan, Mohd Ridzuan yang kini memegang jawatan pengurus kanan di syarikat peruncitan perkakas rumah terbesar Malaysia, MR.DIY.

Bermula dari bawah & diberi kepercayaan

Mohd Ridzuan, 52 atau lebih dikenali sebagai Abang Wan itu sendiri mengakui tidak menyangka peluang seperti ini muncul dalam hidupnya.

Sebelum ini saya mula berniaga char kuetiau di warung di Taman Midah Cheras, selama 3 tahun dan sebagai peniaga kecil, pendapatan saya tidak menentu tapi cukup untuk menampung perbelanjaan keluarga.

Saya memulakan kerjaya bersama MR.DIY adalah atas pelawaan pihak pengurusan MR.DIY yang juga merupakan pelanggan tetap di gerai saya pada ketika itu. Atas dorongan mereka dan kerana saya ingin mengubah nasib saya serta keluarga, saya terima tawaran pekerjaan tersebut dengan tangan terbuka. Pada tahun 2008 saya mula sertai MR.DIY sebagai store boy. – katanya.

Pernah terfikir nak berhenti tapi MR.DIY terus bantu

Abang Wan juga mengakui pernah terfikir untuk berhenti kerana rasa tidak mampu dan kurang kemahiran dalam bidang pergudangan. Tapi, pihak MR.DIY tidak putus-putus memberikan latihan dan tunjuk ajar kepada kakitangan mereka sehingga mahir.

Selepas diberi latihan dan tunjuk ajar, serta sokongan dan dorongan berterusan daripada majikan, tambahan pula kerana sifat mereka yang sangat merendah diri membuatkan saya untuk terus setia bersama MR.DIY. – Jelas abang Wan.

Selain Abang Wan, ramai lagi yang sudah berjaya bersama MR.DIY termasuklah Nabilah

Kisah Nabilah Abd Ghani juga menarik perhatian kerana beliau hanya bermula sebagai seorang jurujual dan kini bertanggungjawab untuk menguruskan lebih 200 kakitangan di 18 cawangan MR.DIY.

Nabilah yang mula bekerja di MR.DIY ketika masih di semester akhir pengajian itu terus diberikan kepercayaan sehinggalah ke hari ini. Nabilah turut berkongsi momen indah dia bersama keluarga MR.DIY.

Momen yang saya tidak boleh lupa apabila MR.DIY menghantar saya ke luar negara atas urusan kerja. Itu merupakan momen yang indah kerana buat pertama kali saya berpeluang menaiki kapal terbang dan melawat negara asing. – Kongsinya.

Nabilah turut mengajak mereka yang hilang pekerjaan untuk memulakan karier di MR.DIY kerana di sana pekerja dapat membina pengalaman dan ilmu yang luas dalam bidang peruncitan, persekitaran kerja yang sihat dan para majikan yang sangat menyokong perkembangan kerjaya setiap pekerja.

MR.DIY terbukti miliki persekitaran kerja yang terbaik!

Dari kisah mereka berdua ini, terbukti MR.DIY telah membina sebuah syarikat yang bukan sahaja berjaya membuka ratusan cawangan di seluruh negara, tetapi juga berjaya menyokong perkembangan kerjaya pekerja mereka tidak kira pangkat rendah ataupun tinggi.

Jadi untuk korang yang sedang mencari pekerjaan atau ingin mencipta masa depan yang cerah, bolehlah sertai keluarga MR.DIY. Sebarang maklumat, korang boleh terus ke www.mrdiy.com/career/.

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas