Branded
Penginapan Atas Laut, Siap Private Pool, Inilah Sebab Kena Bercuti Di Bunga Raya Terbesar di Dunia!
Oleh
Nak bercuti tapi tak nak travel jauh-jauh? Atau bagi Muslimah, nak bersantai mandi kolam tapi tak ada privasi sendiri?
Kami cadangkan satu lokasi penginapan yang wajib dicuba kalau ini kriteria yang anda cari. Mana lagi kalau bukan di Lexis Hibiscus Port Dickson.
Destinasi ini mempunyai 639 vila dengan kolam renang termasuk 522 vila atas laut menjadikannya lokasi penginapan paling unik apatah lagi dengan bentuk bunga raya terbesar di dunia.
Terletak di Pantai Pasir Panjang, hotel ini cuma lebih kurang satu jam perjalanan dari Kuala Lumpur. Lexis Hibiscus Port Dickson merupakan destinasi utama untuk keluarga yang inginkan kombinasi kemewahan dan pengembaraan.
Vila-vila atas laut yang dilengkapi kolam renang peribadi dengan pemandangan Selat Melaka yang memukau, menawarkan pengalaman percutian yang sukar dilupakan.
Kini, dengan pakej eksklusif percutian keluarga Family Getaway, penginapan biasa anda bertukar menjadi suatu percutian mempesonakan yang dipenuhi aktiviti dan hiburan menarik untuk anak-anak dan ibu bapa.
Dah lama merancang tapi hanya tinggal perancangan? Ini masa yang tepat untuk ke Lexis Hibiscus Port Dickson sebab ada pakej mesti rebut iaitu Pakej Family Getaway.
Pakej Family Getaway
Apa yang akan korang dapat dengan pakej ini adalah penginapan dua malam di bilik atau vila serba mewah pilihan. Sarapan pagi juga disediakan setiap hari untuk dua dewasa dan dua kanak-kanak di Roselle Coffee House.
Ada juga disediakan khemah permainan dan cermin mata hitam kanak-kanak untuk aktiviti waktu lapang dengan anak-anak.
Luangkan masa juga menikmati keindahan kawasan sekitar dengan aktiviti berbasikal seisi keluarga untuk dua dewasa dan dua kanak-kanak selama 30 minit.
Anak ajak keluar? Boleh bawa ke ruang permainan kanak-kanak Kidz World. Masuk secara percuma untuk 3 jam! Boleh main puas-puas.
Abadikan kenangan percutian dengan Foto keluarga percuma di Photo Booth di (Lobi) secara percuma.
Apalah makna bercuti kalau tak ada makan-makan kan? Guna je kredit makanan dan minuman (F&B) bernilai RM100 untuk dinikmati di restoran-restoran dalam resort iaitu Roselle Coffee House, Umi Japanese Restaurant, dan Coralz Bistro. Kredit tersebut tidak dapat digunakan seiring dengan promosi dan diskaun lain.
Bagi tetamu yang menginap di Panorama Pool Villa, Imperial Suite dan Presidential Suite, korang boleh memilih untuk makan sarapan pagi ala carte di Wave Dining dan boleh menikmati koktel/mocktail malam percuma di Lighthouse Club.
Bagi tetamu tambahan (7 tahun dan ke atas) akan dikenakan bayaran sebanyak harga bersih RM168 seorang setiap malam tanpa pakej. *Tertakluk kepada terma dan syarat
Raikan hari jadi di lokasi unik cipta kenangan terindah
Untuk mereka yang ingin menjadikan sambutan hari jadi diri sendiri atau orang tersayang lebih meriah, Lexis Hibiscus Port Dickson memperkenalkan pakej sambutan hari jadi Birthday Blast.
Pakej eksklusif 2 hari 1 malam ini menyediakan semua yang diperlukan untuk mencipta sambutan luar biasa yang tidak dapat dilupakan, diserikan oleh bilik berhias indah, hidangan mewah dan cenderahati hari jadi khas.
Pakej Birthday Blast ini termasuk penginapan satu malam di bilik atau vila serba mewah pilihan anda (Tidak termasuk Royal Suite, Imperial Suite atau Presidential Suite). Bilik pilihan akan dihias dengan tema hari jadi yang mencipta suasana sambutan istimewa.
Bila bangun pagi mestilah nak sarapan kan? Pakej ini termasuk sarapan pagi bagi dua orang serta makan malam set 4 hidangan di Roselle Coffee House untuk pengalaman makan yang mewah.
Disediakan juga cenderahati hari jadi 1 set dan satu kek hari jadi percuma. Turut termasuk adalah sebotol jus sparkling bebas alkohol atau wain untuk meraikan hari istimewa ini.
Bagi tetamu tambahan ke-3 dan ke-4 dikenakan bayaran sebanyak harga bersih RM266 bagi setiap dewasa dan harga bersih RM246 bagi setiap kanak-kanak (7-12 tahun), termasuk sarapan pagi, set makan malam 4 hidangan dan kemudahan bilik.
Tetamu yang menginap di Panorama Pool Villa boleh memilih untuk makan sarapan pagi ala carte di Wave Dining dan boleh menikmati koktel/mocktail malam percuma di Lighthouse Club.
Tetamu tambahan (7 tahun dan ke atas) akan dikenakan bayaran sebanyak harga bersih RM336 seorang setiap malam, termasuk sarapan pagi, set makan malam 4 hidangan dan kemudahan bilik, tanpa pakej. *Tertakluk kepada terma dan syarat.
Tempah sekarang!
Untuk info lanjut mengenai pakej-pakej di Lexis Hibiscus Port Dickson, jangan lupa follow Facebook = https://www.facebook.com/lexishibiscuspd
Instagram = https://www.instagram.com/lexishibiscus/
TikTok = https://www.tiktok.com/@lexishotelgroup Laman rasmi = https://www.lexishibiscuspd.com/
Tempah percutian 3 hari 2 malam Family Getaway dengan menghubungi team tempahan mereka di talian +603 2083 0933 atau emel [email protected]. Klik https://www.lexishibiscuspd.com/offers/family-getaway-package untuk info lebih lanjut.
Bagi korang yang berminat dengan pakej 2 hari 1 malam Birthday Blast, cepat-cepat hubungi talian +603 2083 0933 atau emel [email protected].
Klik di sini untuk maklumat lebih terperinci: https://www.lexishibiscuspd.com/offers/birthday-blast-package
Penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media. Memfokuskan sepenuhnya artikel-artikel berkaitan pemasaran.