Connect with us

Oh! Media

Pencuci Muka Amino Asid Bantu Kembalikan Kelembapan, Tapi Macam Mana Nak Pilih Yang Sesuai Dengan Wajah?

FI HY! Amino Ohmedia

Branded

Pencuci Muka Amino Asid Bantu Kembalikan Kelembapan, Tapi Macam Mana Nak Pilih Yang Sesuai Dengan Wajah?

“Kau pakai asid-asid ni tak bahaya ke untuk muka?”

Dalam dunia penjagaan wajah produk yang mengandungi asid seperti AHA, BHA dan HA sudah tidak asing lagi dan terbukti dapat membantu merawat masalah kulit muka. Tapi adakah korang tahu tentang fungsi asid amino atau amino acid pada wajah?

Baru-baru ini Ohmedia ada terjumpa satu video di YouTube yang membincangkan tentang penggunaan pencuci muka dengan kandungan amino acid iaitu Hy! Amino daripada Y.O.U Beauty. 

Apa yang kami tahu, amino acid merupakan asas binaan protein yang penting untuk tubuh badan. Selepas bacaan lanjut, kami mempelajari sesuatu yang baru mengenai amino acid sebagai natural moisturizing factors (NMF) yang dapat membantu menguatkan imun sistem, menghidratkan dan meremajakan kulit.

Apa Akan Berlaku Kalau Kulit Kekurangan Asid Amino?

Jika kulit kekurangan asid amino, kulit akan menjadi kurang anjal, kering dan mudah berkedut. Selain itu, lapisan kulit juga mudah rosak, mengakibatkan kulit menjadi sensitif, gatal dan pengekalan air kulit akan jadi lemah.

So, amino asid memang penting untuk kulit kita, tapi macam mana Hy! Amino boleh membantu merawat masalah kulit wajah?

Hy! Amino Acid Bantu Bersihkan Kulit Secara Mendalam

Perkara pertama yang korang perlu buat ketika pilih produk pencuci wajah ialah check kandungannya. Memandangnya negara kita ni beriklim panas, penting untuk kita memilih produk pencuci yang memberikan lembapan pada wajah dan paling penting tidak mengeringkan!

Masa mula-mula dapat tahu tentang Hy! Amino, kami tertarik dengan perkataan utamanya. Rupanya Hy! tu merujuk kepada Hyaluronic Acid 5D (HA) yang membantu menghidratkan kulit dengan membersih secara mendalam dan melindungi lapisan kulit.

Selain Hyaluronic Acid 5D , pencuci muka ni mempunyai 4 jenis amino acid bagi meningkat metabolisme dan imuniti kulit serta melindungi kulit daripada rangsangan luar untuk mencapai keseimbangan pH.

Satu lagi bahan penting dalam Hy! Amino ialah ekstrak biji Moringa  yang terkenal sebagai agen pembersih dan juga memberikan kelembapan.

Bayangkan ketiga-ketiga kandungan hebat ni dalam satu pencuci muka? Kulit wajah korang pastinya lebih bersih dan lembap. Pencuci muka ni juga bebas bahan berbahaya seperti alcohol, mineral oil, BH, Phthalates, Triclosan dan Formaldehyde. 

Apa yang lagi menarik tentang pencuci muka Hy! Amino, ia menawarkan 4 variasi berbeza untuk keperluan wajah. Macam ni, lagi senanglah nak pilih!

Hy! Amino Series, tawar 4 pencuci muka untuk semua masalah kulit

1. Hy! Amino AC-Ttack | Pencuci Muka Anti Jerawat

Pencuci muka ini mengandungi Hyaluronic Acid 5D, Amino Acid dan kompleks anti-jerawat untuk membersihkan pori-pori, mengurangkan minyak berlebihan dan jerawat untuk kulit yang segar, lembut dan sihat.

Dengan bahan lain seperti Centella Asiatica, minyak pokok teh dan asid salisilik ia membuka liang tersumbat dan mengelupaskan kulit bagi mengurangkan keradangan membantu melawan bakteria punca jerawat.

Sesuai untuk Kulit Berjerawat/Congested 

2. Hy! Amino Glo-Win | Pencuci Muka Mencerahkan

Pencuci muka yang diperkaya dengan Asid Hyaluronik 5D, Asid Amino, dan kompleks pencerah ini bertindak membersihkan kulit, membantu mencegah radikal bebas dan menanggalkan sel kulit mati untuk kulit yang segar, cerah dan sihat.

Kandungan lain seperti Niacinamide, Vitamin C, Ekstrak Camellia, dan Asid Sitrik membantu mencegah pemindahan melanin dan mengecilkan pori. Ia turut melindungi kulit daripada radikal bebas dan mencerahkan kulit serta menanggalkan sel kulit mati.

Sesuai untuk Kulit Kusam

3. Hy! Amino Wow-Tery | Pencuci Muka Menghidrat

Pencuci muka yang diperkaya dengan Hyaluronic Acid 5D, Amino Acid, dan Kompleks Penghidratan bertindak membersihkan kulit, mengekalkan kelembapan dan menyuburkan kulit untuk kulit yang lebih segar, licin dan sihat.

Manakala aloe vera, rumpai laut dan ekstrak madu membantu melembapkan dan menenangkan kulit selain kaya dengan antioksidan.

Sesuai untuk Kulit Kering

4. Hy! Amino Contr-Oil | Pencuci Muka Kawalan Minyak

Pencuci muka dengan Hyaluronic Acid 5D, Amino Acid dan kompleks kawalan minyak ini bertindak membersihkan pori-pori, mengelupas kulit dengan lembut, dan menghilangkan minyak berlebihan untuk kulit yang segar dan sihat.

Bahan-bahan lain seperti minyak Peppermint, Asid Salisilik, Asid Glikolik dan tanah gunung berapi turut bertindak membersihkan kotoran secara mendalam dan meninggalkan aroma yang menyegarkan.

Sesuai untuk Kulit Berminyak/Kombinasi

Kembalikan kelembapan dan keserian wajah dengan Hy! Amino dari Y.O.U

Macam kita semua tahu, asas kepada penjagaan wajah ialah daripada pencuci muka. Jika pencuci muka dapat membersihkan secara mendalam, maka proses penjagaan wajah lebih mudah dan produk skincare kita juga dapat menyerap dengan lebih cepat dan effektif.

Y.O.U Beauty juga pernah buat experiment menggunakan produk ni dan hasilnya, 97% pengguna* mengakui pencuci muka Hy! Amino membersih cucian lebih bersih dan segar. Manakala 93% pengguna mengakui kulit wajah menjadi lebih lembap. So lepas ni jom bertukar ke Hy! Amino dari Y.O.U

Jadi tunggu apa lagi? Klik di SINI untuk mendapatkan pencuci muka Hy! Amino pilihan korang!

Jangan lupa juga untuk ikuti Y.O.U Beauty di Instagram, Facebook, TikTok dan YouTube!

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas