Connect with us

Oh! Media

Peluang Pekerjaan Bertambah, Bisnes Berkembang Melimpah Ruah dengan MyDIGITAL

Branded

Peluang Pekerjaan Bertambah, Bisnes Berkembang Melimpah Ruah dengan MyDIGITAL

Situasi ekonomi global, termasuk Malaysia berdepan dengan cabaran getir pandemik COVID-19. Krisis luar jangka ini telah menjejaskan rakyat Malaysia dari pelbagai segi, sekaligus mendorong perubahan ke arah ekonomi digital. Tapi apakah itu ekonomi digital? Secara ringkasnya, ia merujuk kepada sebarang aktiviti ekonomi yang melibatkan penghasilan dan penggunaan teknologi digital oleh individu, perniagaan dan kerajaan.

Terdapat beberapa faktor yang mempercepatkan adaptasi Malaysia ke arah ekonomi digital. Ancaman pandemik COVID-19 misalnya, telah merubah situasi dan cara perniagaan berkembang. Dalam usaha memperkukuhkan ketersediaan digital negara untuk memastikan aktiviti ekonomi terus tumbuh dengan pesat, satu rangka tindakan atau blueprint telah diperkenalkan – Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia

Tapi, apa manfaat yang rakyat dapat dengan ekonomi digital?

Mesti ramai yang tertanya-tanya kan, apa kebaikan dan manfaat yang akan dinikmati rakyat seperti kita semua? Dengan pemerkasaan ekonomi digital ini, peluang pekerjaan baharu dapat diwujudkan. Antaranya pakar rangkaian, pembangun aplikasi mobil, saintis data dan sebagainya.

Model perniagaan baharu juga akan muncul untuk memberi peluang kepada rakyat terlibat dalam eknomi jangka pendek atau gig economy. Selain itu, produk dan perkhidmatan fizikal juga boleh didapati dalam bentuk digital sekaligus merevolusikan bidang perniagaan secara menyeluruh.

Aktiviti komersial juga boleh mencapai pasaran yang lebih luas bukan sahaja di peringkat tempatan bahkan juga antarabangsa. Ini bermakna lebih banyak produk buatan Malaysia boleh dipasarkan melalui e-dagang (e-commerce) yang boleh menembusi pasaran antarabangsa. Lepas ni, makin ramai la orang luar yang akan kenal makanan dan produk tempatan kan? Contohnya dalam situasi PKP ketika ini, ramai yang tak boleh ke Pekan Rabu, Alor Setar. Tapi jangan risau sebab barangan Pekan Rabu boleh didapati di Shopee sekarang. Perlu kudap-kudapan seperti kerepek dan jajan? Pelbagai pilihan kerepek pisang, ubi, dodol dan snek tempatan kini ada dijual di Shopee. Kita hanya perlu order secara dalam talian dan tunggu je pesanan sampai di pintu rumah.

Di peringkat kerajaan pula, prestasi dan kualiti perkhidmatan yang diberikan kepada orang awam dapat ditingkatkan dengan sokongan teknologi. Misalnya, perkhidmatan portal e-kerajaan boleh ditambahbaik supaya lebih mesra pengguna dan lebih banyak urusan yang boleh dilaksanakan secara atas talian di sana. Tak perlu lagi nak beratur bagai di pejabat-pejabat kerajaan.

Anda nak berniaga secara digital – macam mana nak mula?

Bagi mereka yang memerlukan bantuan bagi mendigitalisasikan perniagaan masing-masing, kerajaan menyediakan program dan dana khusus bagi merancakkan perkembangan ekonomi digital.

Menerusi Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC), mereka menyediakan matching grant 50% sehingga RM5,000 untuk sesebuah syarikat. Matching grant ini dijangka mencapai nilai RM500 juta dalam masa 5 tahun akan datang. Info lanjut boleh didapati di laman MDEC.

Seterusnya bagi anda yang nak belajar tapi tak pasti macam mana nak mula. Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MaGIC) ada jawapannya. MaGIC Digital Business Academy (MaGIC DBA) adalah platform dalam talian dengan 85 modul lengkap pembelajaran bagi melancarkan perniagaan digital anda.

Selain itu, bagi kumpulan pekerja yang ingin belajar dengan lebih mendalam mengenai pendigitalan, Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HDRF) turut menyediakan kursus seperti Industry Revolution 4.0 (IREV4.0). Mereka yang dilatih di bawah IREV 4.0 dapat membantu syarikat masing-masing untuk mengadaptasi perubahan perniagaan berasaskan digital dan mengurangkan kos selain meningkatkan produktiviti dengan manfaat teknologi.

Pandemik pencetus perubahan

Tanpa kita duga, sedikit sebanyak perubahan telah kita lihat sejak pandemik covid-19 ini berlaku kira-kira setahun lalu. Antaranya dengan Kecerdasan Buatan (Articial Intelligence) dan Data Raya (Big Data), risiko jangkitan virus dapat dikawal melalui aplikasi MySejahtera.

Selain itu, kerajaan turut merancakkan perkhidmatan e-dompet dengan memperkenalkan ePENJANA yang memberikan mereka yang layak menikmati RM50 kredit untuk digunakan. Semua ini dan banyak lagi aktiviti digital adalah bukti bagaimana Kerajaan memastikan ekonomi digital diberikan perhatian yang sewajarnya.

MyDIGITAL melalui Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia

Bagi mencapai aspirasi MyDIGITAL yang akan memberi manfaat kepada rakyat, perniagaan dan kerajaan, Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia diperkenalkan dalam menyediakan hala tuju, menggariskan strategi dan inisiatif serta menetapkan sasaran untuk meneraju pertumbuhan ekonomi digital. Ia telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat, 19 Februari 2021 lalu. Untuk info lanjut, muat turun Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia di SINI sekarang!

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas