Connect with us

Oh! Media

Peluang Dapat Duit Raya Sehingga RM 8000? Jom Shopping Sakan Hanya Di SHARP!

Branded

Peluang Dapat Duit Raya Sehingga RM 8000? Jom Shopping Sakan Hanya Di SHARP!

Fuh, bila teringat balik insiden Raya ‘last’ minit tahun lepas, memang mencuit hati rasanya. Semua umat Islam berpusu-pusu melakukan persiapan Raya ‘terkejut’ baik dari segi pakaian, makanan, hiasan rumah dan segala-galanya. Sampai tak sempat nak tukar barangan elektrik baru!

Haa, tahun ni kenalah buat persiapan awal sikit untuk pastikan checklist Raya korang dah settle. Tapi, kami nak share macam mana korang boleh jadikan Raya kali ini lebih sempurna!

Raya Mesti Sharp!

Bila time nak raya ni, macam-macam promo ada. Bukan setakat promosi biskut atau baju raya. Malah, perabot dan barangan elektrik pun tak terkecuali tau. Bila ada promosi, inilah waktu yang terbaik untuk berbelanja sebab dapat lebih banyak penjimatan dan juga servis ekstra.

Dah alang-alang nak beli barangan elektrik untuk rumah sendiri, apa kata korang hadiahkan juga untuk mak dan ayah. Confirm senyum sampai ke telinga diorang raya tahun ni! 

Hmm.. Jenama apa yang tip-top sekarang ya?

Kami cadangkan untuk korang pilih jenama terkenal dari Jepun iaitu SHARP. Kami pasti korang pasti puas hati bila shopping barangan SHARP sebabnya ada pelbagai hadiah menarik menanti korang.

Kalau korang nak tahu, sempena Aidilfitri tahun ini, SHARP telah melancarkan kempen “Raya Mesti Sharp” bermula 20 Mac – 30 April 2023. Kalau korang beli mana-mana barangan elektrik jenama SHARP yang terpilih, korang akan berpeluang untuk bawa balik FREE GIFT eksklusif yang bernilai sehingga RM637! Wow, syoknya!

Antara Free Gift menarik yang menanti korang ialah Plasmacluster Air Purifier, 5L Air Fryer, Microwave Oven dan Stand/Hand Mixer. Memang sesuai untuk digunakan waktu bulan puasa ni! Eh, ada lagi! Korang juga berpeluang untuk mendapat rebate sebanyak RM8,000 serta e-baucar dari Setel bernilai sehingga RM150. Jimat duit minyak nak balik raya nanti!

Sambil korang tengok KATALOG SHARP ni, korang dah boleh tulis checklist Raya idaman. Perlukan hiburan semasa raya? Korang boleh pilih  Balik Kampung like a champ! yang menawarkan televisyen AQUOS dengan paparan 8K dan 4K! Lepas tu padankan pula dengan sound bar, takut tetamu datang raya tak nak balik je nanti.

Hari raya ni mesti banyak juadah yang nak dimasak dan simpan kan? Haaa… Always in the mood for good food pastinya memenuhi keperluan korang di dapur. Ada peti sejuk inverter (jimat elektrik), microwave oven, cooker dan pelbagai keperluan dapur ditawarkan pada harga penjimatan!

Dah penat  menziarah ke rumah saudara? Play outside, chill inside dengan Air Purifier dan Penghawa Dingin dari SHARP! Style kan?

Puas beraya seharian, jangan lupa basuh baju dengan mesin basuh baru. Barulah boleh dress to impress in clean raya outfits.

Pelbagai seleksi barangan elektrik yang korang boleh pilih untuk menyambut kedatangan lebaran dengan lebih meriah. Tapi ada satu lagi yang best, lagi banyak korang buat pembelian, lebih cerah lah peluang korang untuk menang hadiah PREMIUM dari SHARP! 

Muat Turun Aplikasi Cocoro Life & Sertai Cabutan Bertuah Untuk Memenangi Hadiah PREMIUM Dari SHARP

Nak tahu apa hadiah Premium tu’? Haa, korang berpeluang untuk memenangi Android TV jenama AQUOS “70” dengan paparan 4K yang bernilai RM 6,799! Bukan satu, tapi lima pemenang yang akan dipilih tau! Pergh, untung siapa yang dapat! Hmm, tapi macam mana nak menang?

Haa, korang boleh buat pembelian bagi barangan elektrik yang terpilih dari SHARP. Kemudian muat turun aplikasi COCORO Life di App Store atau Play Store. Kalau nak senang, scan je QR Code yang disediakan.

Kemudian, daftar sebagai ahli dan muat naik e-warranty atau bukti pembelian barangan dari SHARP. Setelah itu, baru lah korang layak untuk menyertai cabutan bertuah daripada SHARP! Mudah kan? 

Sambut Raya Tahun Ini Lebih Riang Bersama SHARP

Fuh, kami pun dah tak sabar nak beli barangan SHARP ni! Tunggu apa lagi? Inilah masa yang paling sesuai untuk korang tukar barangan elektrik baru dekat rumah. Lagi best, boleh beli sekali untuk mak dan ayah. Mesti sejuk hati diorang bila korang balik raya nanti!

Jom dapatkan barangan SHARP korang melalui penjual yang sah atau secara dalam talian di Lazada, Shopee, Presto Mall dan https://my.sharp/.

Maklumat lanjut tentang Raya Mesti Sharp! korang boleh KLIK DI SINI.

Teruskan membaca..

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas