Connect with us

Oh! Media

Pelitup Muka Guna Semula & Barangan Keperluan Dari UMW Untuk Rakyat Terus Tersenyum

Umw Cover 1

Branded

Pelitup Muka Guna Semula & Barangan Keperluan Dari UMW Untuk Rakyat Terus Tersenyum

Seperti sedia maklum, kerajaan telah mewajibkan pemakaian pelitup muka di kawasan sesak dan di dalam pengangkutan awam berkuatkuasa 1 Ogos 2020 lalu. Langkah ini diumumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob atas nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Umw csr topeng 2

Namun, tidak semua antara kita mampu menyediakan bekalan pelitup muka bagi kegunaan sendiri pada setiap hari. Menyedari hal ini, pihak UMW mengambil inisiatif untuk mengedarkan pelitup muka guna semula bagi mereka yang kurang berkemampuan di bawah kempen Smile On, Malaysia. Selain bekalan pelitup muka guna semula, barangan keperluan harian turut disumbangkan ke rumah-rumah kebajikan di serata negara.

Umw csr 3

Kempen ini dilaksanakan bagi menggalakkan seluruh rakyat Malaysia untuk kekal tabah dan sentiasa bersemangat positif.

UMW bukan sahaja mengedarkan bekalan pelitup muka guna semula untuk kegunaan golongan sasaran, malahan barangan keperluan harian juga turut sama-sama diagihkan.

Dengan usaha yang murni ini, UMW berharap agar rakyat Malaysia daripada segenap lapisan masyarakat untuk kekal tabah ketika seluruh negara sedang berdepan dengan situasi yang mencabar ini.

Umw csr topeng

Terus sebarkan senyuman anda bersama UMW melalui kempen Smile On, Malaysia dengan menggunakan bingkai foto profil rasmi kempen Smile On, Malaysia di Facebook anda di SINI. Anda juga boleh mencuba filter rasmi kempen Smile On, Malaysia di laman Instagram INI.

Jangan lupa untuk menyertakan hashtag #SmileOnMalaysia dan #UMWMalaysia dalam gambar anda sebelum memuat naik di laman Facebook atau Instagram.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Muhamad Faris
Faris merupakan penulis editorial sepenuh masa di Oh! Media, yang mengkhususkan dalam menghasilkan artikel-artikel berkaitan pemasaran. Dengan tumpuan penuh pada strategi dan tren terkini, Faris memastikan setiap kandungan memberikan nilai tambah kepada pembaca dan rakan industri.
Teruskan membaca..
Berita lain yang lebih popular...
Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas