Connect with us

Oh! Media

Pecah Rekod Terjual Lebih 1000 Unit Dalam 24 Jam, realme Smart Scale Cipta Sejarah Tersendiri

Branded

Pecah Rekod Terjual Lebih 1000 Unit Dalam 24 Jam, realme Smart Scale Cipta Sejarah Tersendiri

Melangkah setapak lebih maju, realme bukan setakat menghasilkan telefon pintar, jenama ini juga turut memperkenalkan realme Smart Scale baru-baru ini di samping realme M1 Sonic Electric Toothbrush. Pengenalan dua produk ini juga menjadi indikator kepada realme memasuki industri penjagaan diri. Sambutan memberangsangkan peminat realme dibuktikan dengan jualan tinggi realme Smart Scale sejak berada di pasaran.

realme Smart Scale mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi penimbang pintar terlaris Top 1 di Shopee bagi tahun 2020 (dari 1 Januari hingga 10 Oktober)!

Selain itu juga, penimbang pintar ini juga memecah rekod apabila laris terjual sebanyak lebih 1000 unit dalam masa 24 jam pada Shopee flash sale 10.10 lalu. Untuk yang terlepas sale Shopee 10.10 lalu, jangan risau sebab khabarnya ada flash sale lagi untuk bagi peluang korang grab realme Smart Scale ini. Jangan terlepas dah okay?

Tidak cukup dengan itu, realme Smart Scale ini juga menduduki 2 tangga teratas bagi kategori produk penjagaan kesihatan pada hari pelancaran pertama jualan, juga di Shopee. Semestinya ada kelebihan dimiliki produk terbaru realme ini sehingga berjaya menawan hati pengguna untuk mendapatkannya tanpa perlu berfikir panjang.

Dengan rekod jualan tinggi seperti dicatatkan realme Smart Scale ini, mesti ramai tertanya-tanya sebab penimbang pintar ini menjadi pilihan ramai kan? Kalau nak tahu, realme Smart Scale dilengkapi dengan sensor Bio-Impedance Analysis atau (BIA). BIA bermanfaat untuk memantau kesihatan korang dengan menyatakan kandungan lemak tubuh, kandungan otot dan boleh menganalisis semua maklumat biometrik semasa dari tubuh badan korang tau!

Dalam pada itu juga, realme Smart Scale ini turut boleh dihubungkan dengan realme Link App untuk pengguna mendapatkan laporan menyeluruh mengenai tahap kesihatan mereka mengikut kemahuan sendiri pada tarikh pilihan. Memang betul-betul smart, seperti namanya realme Smart Scale, bagi korang yang prihatin dengan kesihatan diri, wajib ada penimbang pintar ni tau.

Menawarkan nilai tambah yang tidak dimiliki penimbang lain di pasaran, paling menyenangkan, realme Smart Scale ini hanya menggunakan empat bateri AAA untuk berfungsi. Peranti ini mampu bertahan selama setahun dalam mode standby, tak perlu cas tau guys!

Buat korang yang terlepas sale 10.10, tapi dalam masa teringin mendapatkan realme Smart Scale, ada berita baik untuk korang! realme Smart Scale flash sale ini akan berlangsung di lima pengedar rasmi realme Malaysia iaitu Sunway Pyramid, The Mines, Sutera Mall, IOI City dan DirectD (PJ Federal)

Psst, sale kaw-kaw ini hanya berlangsung pada 7th dan 8th November 2020 ini sahaja. Dijual pada harga biasa RM 149, pada flash sale nanti akan ditawarkan pada harga RM 99! Kalau terlepas memang rugilah! Jangan ketinggalan guys grab the chance hanya sekali sahaja realme Smart Scale akan dijual pada harga yang untung ni! Untuk maklumat lanjut, boleh ikuti realme di Facebook rasmi mereka.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas