Connect with us

Oh! Media

Patutlah McD Selalu Jadi Pilihan, Sistem Mantap. Siap Perkenal Ciri Baru Order & Collect. Mantap!

Branded

Patutlah McD Selalu Jadi Pilihan, Sistem Mantap. Siap Perkenal Ciri Baru Order & Collect. Mantap!

Bila nak buat pesanan makanan, benda pertama yang terlintas dalam fikiran kita mesti McDonalds sebab ianya mudah dan cepat untuk disediakan.

Disebabkan menjadi pilihan ramai, McDonalds memperbaharui sistem mereka dan memperkenalkan ciri baharu untuk memudahkan lagi urusan pesanan makanan yang dapat menjimatkan banyak masa korang tau. Terbaik!

McDonalds Perkenalkan Ciri Order & Collect

Baru-baru ni McDonalds melancarkan satu ciri baru dalam aplikasi McDonalds iaitu Order & Collect yang mana korang boleh buat pesanan, bayar dan pilih cara serta tempat yang korang nak ambil. Mudah je kan? 

Ciri baru ni direka khas bertujuan untuk menjimatkan masa dan membolehkan korang pesan makanan kegemaran dengan mudah, hanya pada satu klik sahaja tau! Serius lah?

Paling penting, pesanan korang tu akan disediakan serta-merta oleh restoran pilihan korang selepas pembayaran, yang boleh dibuat melalui Visa atau Mastercard.

Untuk pengetahuan, korang boleh pilih salah satu daripada 4 cara untuk ambil pesanan di restoran yang korang pilih. Antaranya adalah:

  1. Takeaway

Korang boleh elak daripada beratur panjang dengan hanya buat pesanan terus pada telefon dan ambil daripada kaunter takeaway. Haa, banyak masa korang boleh jimat tau!

  1. Dine-in

Lepas ni korang dah tak perlu risau nak berebut tempat dengan orang lain sebab dengan ciri baru ni, korang boleh duduk dulu di tempat yang korang nak dan buat pesanan menerusi aplikasi McDonalds. Pesanan korang tu akan terus dihantar ke meja tau! Terbaik!

  1. Drive-Thru

Agak-agak kalau line dekat drive-thru tu panjang sangat, korang boleh buat pesanan awal dekat aplikasi McDonalds dan ambil di kaunter Drive-Thru dalam masa 2 jam lepas pembayaran. Haa, tak payah susah-susah beratur panjang nak tunggu makanan siap.

  1. Drive-In

Untuk Drive-In pula, korang boleh letak kereta di tempat yang ditetapkan sebelum buat pesanan di aplikasi McDonalds. Tempahan korang akan disediakan secepat mungkin dan akan dihantar ke kereta korang. 

Jadi, antara 4 cara ni, yang mana memudahkan dan menjimatkan masa korang? 

Untuk korang yang belum ada lagi aplikasi McDonalds, korang boleh muat turun secara percuma di App Store atau Google Play. Maklumat lanjut, layari laman web rasmi McDonalds Malaysia atau ikuti sosial media Instagram, Facebook dan Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas